Tips Kucing Hilang, Minta Bantuan Kucing Lain Insyallah Balik Rumah Esok

Kehidupan

Tips Kucing Hilang, Minta Bantuan Kucing Lain Insyallah Balik Rumah Esok

Ada diantara kita pasti pernah memiliki haiwan peliharaan kerana ia boleh dijadikan sebagai kawan untuk meluahkan perasaan dan juga teman untuk bermain bersama-sama.

Banyak haiwan yang boleh dijadikan haiwan peliharaan antranya, arnab, kucing, anjing dan sebagainya.

Advertisement

Kucing adalah haiwan peliharaan yang paling banyak dimiliki oleh orang ramai. Tetapi anda semua kadangkala berasa khuatir apabila ia hilang dari rumah. Puas anda keluar mencari di luar rumah dan kawasan kejiranan dan tidak menemui.

Adakalanya anda akan bertuah untuk kembali bersama dengan kucing kesayangan anda dan adakalanya tidak. Tetapi harapan itu masih ada agar kucing kita pulang semula ke pangkuan kita semua.

Menurut seorang pengguna Twitter di Jepun, @charlie0816, beliau telah menemukan satu cara untuk membawa pulang semula kucing ke rumah.

Dalam satu Tweet beliau, beliau menceritakan kucingnya telah hilang selama dua hari dan tidak pulang ke rumah  dan beliau menggunakan cara ini untuk kucingnya pulang ke rumah.

Anda hanya perlu bercakap dengan kucing di kejiranan dan minta bantuan suruh kucing saya pulang ke rumah.

Teknik ini dikatakan sangat efektif. Charlie telah menggunakan teknik ini dan pergi ke kedai berdekatan pada satu malam dan bercakap dengan kucing jalanan. Apa yang beliau lakukan ini adalah tips yang ditemui di Twitter.

Katanya, teknik yang digunakan memang efektif. Tetapi rata-rata netizen tidak percaya dan beranggapan bahawa itu hanyalah satu kebetulan. Ada juga netizen yang membalas komen beliau dan menceitakan teknik yang digunakan ini memang berkesan sebelum ini.


Ini adalah beberapa komen yang telah ditulis:

Ibu saya juga pernah lakukan perkara yang sama kepada anak kucing yang kehilangan ibunya. Selepas dua hari, ibu beritahu kucing jalanan dan ibu kucing pulang selepas itu bertemu dengan anak-anaknya.

Saya pergi mencari kucing saya dengan membawa makanan kucing dan semasa kucing jalanan melintas, saya beri ia makan dan bercakap dengannya menyuruh kucing saya untuk pulang. Selepas sejam kucing saya pulang ke rumah.

Semasa saya kehilangan kucing saya, seekor kucing jalanan lalu dihadapan rumah. Jadi saya beratanya kepadanya di manakah kucing saya. Kucing tersebut membuat bunyi meow sambil membawa saya ke sebuah kedai kosong. Dan saya dengar terdapat seekor kucing sedang meow di dalam.

Kepada anda yang masih terfikir, adakah teknik ini berkesan kepada anjing yang hilang. Salah seorang pengguna memberitahu satu hari anjing beliau hilang dan dibawa balik semula ke rumah oleh kucing jalanan yang diminta tolong.


Teknik ini sudah beberapa kali berjaya digunakan, apa kata anda semua cuba agar kucing kesayangan anda dapat pulang semula ke tangan berjumpa dengan anda. Adakah anda semua akan mencuba teknik ini?

 

Sumber: WORLD OF BUZZ 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...