Tips Hias ‘Ruang Wajib’ Untuk Raya Kali Ini!

Kehidupan

Tips Hias ‘Ruang Wajib’ Untuk Raya Kali Ini!

Ramai diantara kita akan pulang ke kampung halaman tercinta dalam masa terdekat untuk menyambut hari raya yang akan menjengah tiba dalam beberapa hari lagi. Sebelum anda semua pulang ke kampung halaman, mari dekorasi rumah sendiri terlebih dahulu.


Nanti bila pulang semula ke rumah tidaklah penat sangatkan?

Advertisement

Jika tetamu datang ke rumah masa musim raya ini, anda kena tahu bahawa ruang tamu akan menjadi tempat wajib mereka semua akan berkumpul. Jadi hiaslah ruang tamu anda dengan cantik dan kelihatan selesa apabila orang ramai datang.

Hari ini kami akan berkongsi tip berkenaan cara menghias ruang tamu untuk raya ini! Selamat mencuba semua.

Tips Hias Ruang Tamu

Dinding ruang tamu (Cat ataupun wallpaper)

Advertisement

Cat dinding (Jika anda memilih untuk mengecat, pastikan anda semua memilih warna yang menenangkan minda dan fikiran serta memberi tenaga. Jangan terlalu banyak warna, nanti nampak serabut. Jika boleh pilih satu warna sahaja untuk bahagian ini.

Saranan kepada anda semua untuk memilih warna-warna lembut seperti biru muda dan putih untuk kelihatan luas.

Wallpaper (Mulakan dengan cat atau Wallpaper terlebih dahulu. Pastikan warna wallpaper bersesuaiaan dengan saiz ruang tamu anda di rumah.

Perabot

Pilihlah perabot yang betul agar ia mengikut saiz ruang tamu anda semua. Jika anda semua ingin menukar perabot baru,

Advertisement
  1. Ambil gambar ruang perabot yang ingin diletakkan.
  2. Ukur ruang tersebut.
  3. Berkenan perabot , ukur saiz perabot ( untuk melihat ia muat atau tidak pada ruang). Pita pengukur mini pun boleh bawa (atau pinjam kedai).
  4. Bawa gambar ruang ke kedai dan rujuk, adakah perabot yang bakal dipilih matching dengan perabot sedia ada dan warna dinding asal kediaman?
  5. Ambil gambar perabot (minta izin).
  6. Lawati kedai lain. Buat perbandingan harga lebih-lebih lagi tengah Raya Sale. Jangan lupa check kualitinya.
  7. Beli perabot yang perlu dahulu dan praktikal (bukan sekadar mengisi tempat kosong). Aksesori boleh dipilih/beli kemudian.

Susunan Perabot adalah amat penting dan anda semua perlu pastikan untuk menyusun atur perabot dengan cara mudah agar tetamu senang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Kalau anda ada anak kecil pastikan ada ruang di tengah untuk membolehkan meraka bermain.

Kedudukan perabot untuk rumah perlulah mesra hari raya untuk bergambar juga. Barulah kenangan dicipta bersama dengan tetamu yang datang ke rumah anda.

Pencahayaan adalah sangat penting

Cari kesesuaian lampu untuk diletakkan di ruang tamu, tetapi jika ruang tamu anda cahaya matahari boleh menembusi dengan terang,  anda boleh mengurangkan lampu sebagai hiasan anda.

Bagaimana dengan lampu asal kediaman kita, okey atau kekurangan cahaya lampu?

Ruang tamu yang lengkap sekurang-kurangnya atas meja sisi ada lampu meja atau di sudut ruang tamu boleh diganti dengan lampu lantai.

Ruang tamu dan ruang makan

Ya ruang tamu amat penting untuk tetamu datang, tetapi mereka datang bukan untuk berborak sahaja kan? Pasti akan makan. Jadi anda semua perlu fokuskan kepada 2 ruang iaitu ruang tamu dan ruang makan.

Fokuskan dua ruang ini untuk di hias cantik dan kemas. Melainkan kita buat ‘house tour’ bagi tetamu yang pertama kali datang (perlulah setiap bilik kemas, cara mudah tutup pintu-privasi). Dapur pula hanya sibuk untuk penyediaan makanan.

RUANG TAMU

  1. Tambahan kerusi
  2. Karpet, tikar tambahan (standby)

RUANG MAKAN

Pastikan kelengkapan makan minum seperti pinggan mangkuk dan cutlery untuk dewasa dan kanak-kanak mencukupi.

Sumber: Facebook Hana Muslimah dan Blog Hazlam Anuar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...