Tips Hadapi Fenomena Ekuinoks Yang Berlaku 2 Kali Setahun

Trending

Tips Hadapi Fenomena Ekuinoks Yang Berlaku 2 Kali Setahun

Perkataan ekuinoks berasal daripada perkataan bahasa Latin aequus (bersamaan) dan nox (malam).

Fenomena ekuinoks berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan.Fenomena ini berlaku 2 kali setahun iaitu pada setiap 21 Mac dan 21 September.

Advertisement

Ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan.

Fenomena gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di antara Bumi dan Matahari yang penduduknya dapat melihat bayang-bayang matahari secara  penuh atau separa.

Semasa fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Ekuinoks pada 21 Mac akan menyebabkan musim bunga di hemisfera utara dan musim luruh di bahagian hemisfera selatan.Manakala pada 21 September pula,keadaan sebaliknya akan berlaku.

Jangkaan suhu pada fenomena ini berlaku adalah antara 37 darjah celcius hingga 38 darjah celcius sekiranya tiada hujan.

Tips Kekal Sejuk Ketika Ekuinoks

1. Minum banyak air untuk kekal berhidrasi

2. Pakai baju yang berwarna cerah

3. Elakkan berada di dalam bangunan yang tiada pengudaraan

4. Gunakan kaca mata hitam ketika berada di luar rumah

5. Kurangkan aktiviti luar untuk elakkan strok haba

6. Mandi sekiranya ingin menyejukkan badan

Simptom Strok Haba

1. Pening

2.Sakit kepala kronik

3.Degupan jantung laju

4.Sukar bernafas

5.Tidak berpeluh ketika cuaca panas

6.Loya dan muntah

7.Kulit kering dan kemerahan

8.Kejang otot.

Kalau anda tak dapat nak elakkan dari buat sebarang aktviti luar, cuba kurang-kurangkan jika tak perlu. Elakkan dari terdedah terlalu lama dan banyakkan minum air.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...