Pokemon Go bukanlah satu benda baru bagi kita semua di Malaysia. Sudah banyak artikel-artikel yang telah dimuatkan naik dan di antaranya adalah mengenai beban yang akan dihadapi ketika pelancaran di Asia.
Video mengenai ketagihan bermain Pokemon Go juga banyak dapat di lihat di laman web Youtube.
Pelancaran permainan video augmented reality ini di Malaysia masih belum dapat dipastikan tetapi telah dilancarkan di Jepun dan Jepun adalah merupakan negara terawal di Asia yang berjaya membuat pelancaran ini.
Seiring dengan itu, National center of Incident readiness and Strategy of Cybersecurity (NISC) di Jepun telah mengeluarkan tip-tip kepada rakyatnya ketika bermain Pokemon Go sebelum pelancarannya pada 22hb yang lepas.
ni( ^s^)c < ?#????GO???????????????????????https://t.co/TiZK2cQ48S ????PDF??????????????????????????????????? pic.twitter.com/TY6nc6K86F
— NISC@???????????? (@nisc_forecast) 2016?7?21?
1. Sila menjaga maklumat peribadi masing-masing.
2. Berhati-hati dengan aplikasi palsu dan alat penipuan (cheat tools).
3. Pastikan aplikasi ramalan cuaca dimuat turunkan.
4. Berhati2 ketika bermain di bawah cuaca panas.
5. Pastikan anda membawa bateri berlebihan (spare)
6. Pastikan anda membawa sesuatu selain smartphone supaya dapat dihubungi/menghubungi.
7. Jangan memasuki kawasan yang bahaya.
8. Berhati-hati ketika berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.
9. Dilarang berjalan-jalan sambil melihat smartphone
Tip-tip ini dikeluarkan supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan ketika bermain Pokemon Go ini. Diharapkan kerajaan Malaysia juga dapat memberikan inisiatif yang sama sekiranya Pokemon Go akan dilancarkan dia Malaysia.