Tips Berpantang Bila Kandungan Gugur, Bantu Permudah Proses Bersalin Akan Datang.

Trending

Tips Berpantang Bila Kandungan Gugur, Bantu Permudah Proses Bersalin Akan Datang.

Tak ramai sebenarnya yang menyedari betapa pentingnya penjagaan diri selepas keguguran. Malah ada orang tua-tua berpendapat, ia lebih penting atau sama berbanding berpantang selepas melahirkan bayi.

Advertisement

Keguguran boleh menyebabkan masalah “angin” yang berpunca dari keracunan darah. Keracunan inilah yang menyebabkan wanita lebih cenderung terdedah dengan risiko jangkitan pelbagai penyakit.

Para ibu akan mengalami bisa seperti sakit yang tajam di bahagian ari-ari , pinggang dan sendi setelah keguguran.

Tempoh Berpantang Selepas Keguguran

Menurut nasihat bidan-bidan dan petua dari orang lama, lagi lama berpantang lagi bagus sebenarnya. Mereka mengesyorkan cara berpantang bagi yang alami masalah keguguran sama seperti orang yang bersalin iaitu selama 44 hari.

Dalam keadaan wanita yang bekerja sekarang ini, hampir mustahil untuk berpantang seperti mana wanita bersalin berpantang.

Oleh sebab itu, wanita yang keguguran digalakkan berpantang selama 2 minggu setelah disahkan keguguran. Tempoh ini sama seperti cuti rehat yang dikeluarkan pihak hospital.

Pemakanan Ketika Berpantang

Dari segi perubatan, doktor mengesyorkan para ibu yang alami keguguran mengambil makanan yang seimbang, berkhasiat, dan elakkan makanan yang berminyak, berlemak atau yang terlalu manis.

Seeloknya, banyakkan pemakanan yang berkhasiat seperti sup panas, susu panas, oat, buah kurma, kismis, sayur sawi dan ikan selar serta minum banyak air suam.

Dalam pada masa sama, elakkan juga dari makan ikan yang berbisa seperti terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, dan pari. Termasuk juga makanan-makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Aktiviti Ketika Berpantang

Anda boleh bekerja semula selepas tempoh 2 minggu kecuali jika berasa terlalu lemah atau letih.

Seandainya mengalami demam yang teruk, pendarahan yang terlalu banyak atau lelehan berbau di faraj semasa atau selepas tempoh tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor.

Selain dari itu, hadkan juga pergerakan agar jangan terlalu aktif dan elakkan dari mengangkat barang-barang yang berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran. Pastikan anda kerap pakai stokin dan baju lengan panjang sepanjang masa.

Penjagaan Rahim Selepas Keguguran

Penjagaan rahim selepas keguguran perlulah dijaga dengan rapi. Kebiasaannya jika keguguran berlaku di fasa awal kehamilan, janin yang baru terbentuk akan terkeluar seluruhnya dari badan secara semulajadi.

Seandainya usia kehamilan melebihi 10 minggu, keguguran cenderung menjadi tidak lengkap dan bahagian rahim perlu dibersihkan melalui proses yang diberi nama D&C (Dilation & Curettage).

Jika bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh meresap ke dalam sistem tubuh badan hingga menyebabkan demam panas atau jangkitan pada bahagian peranakan.

Selain daripada itu, anda boleh berurut, bertungku, mandi herba, dan sebagainya seperti ruti harian biasa. Ini sekali gus dapat membantu melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan serta memberikan keselesaaan dan memulihkan tenaga.

Mengandung Semula Setelah Keguguran

Dalam tempoh 14 hari semasa berlakunya keguguran atau selepas disahkan keguguran, anda tidak digalakkan melakukan hubungan intim.

Berdasarkan hukum Islam, wanita tidak boleh disetubuhi selagi mereka mengalami pendarahan. Mustahak bagi para suami memahami emosi wanita yang mungkin masih lagi berasa murung akibat keguguran.

Bak kata orang-orang lama kita, suami kena “berpantang” hingga 30 hari tetapi itu bergantung kepada keadaan fizikal si isteri ketika itu.

Sekiranya anda pernah mengalami beberapi kali keguguran, lebih elok dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang tempoh waktu yang sesuai untuk mengandung semula.

Jangan Berhenti Check-Up Dengan Doktor

Setelah seseorang wanita disahkan mengalami keguguran, kebiasaannya akan diberi tarikh temujanji dari doktor untuk terus menjalani pemeriksaan berterusan. Amat penting mematuhi temujanji ini supaya tahap kesihatan anda dapat dipantau sebaiknya.

Dalam pada masa sama, pastikan anda cukup rehat dan tidak terlalu stress memikirkan tentang kehilangan bayi yang dinanti-nanti selama ini.

Kongsikan emosi dan masalah anda bersama suami, ibu atau rakan terdekat. Teruskan berdoa dan kuatkan semangat untuk bangkit semula. Sentiasa berfikiran positif dan jangan mudah berputus asa. Inshaallah, ada rezeki yang menanti tidak lama lagi.

Kredit : Furby Moms

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...