Tips Bagi Mengurangkan Jerawat Dan Bintik-Bintik Bagi Mencantikkan Kulit Muka

Trending

Tips Bagi Mengurangkan Jerawat Dan Bintik-Bintik Bagi Mencantikkan Kulit Muka

Masalah jerawat dan bintik-bintik pada kulit wajah merupakan masalah yang banyak di alami kita. Masalah sebegini tidak mengira peringakat usia dan mengambil masa yang lama untuk mengatasinya.

Advertisement

Kesan daripada masalah ini dapat menyebabkan kulit muka berparut, keradangan, dan nampak teruk yang dapat membawa kepada untuk menyembunyikan diri daripada keluar untuk bertemu dengan orang ramai.

Perkara yang paling baik sekali adalah untuk menghilangkan masalah ini dengan secepat mungkin sebelum kulit wajah menjadi lebih teruk tanpa memicit. Di bawah ada beberapa tips dan cadangan bagaimana untuk mengatasai masalah ini.

1. Madu and kulit kayu manis

Sebenarny madu adalah sebuah produk yang bagus bagi mengatasi masalah kulit bermasalah ini. Ianya mempunyai antibiotik semulajadi dan mampu membuang kekotoran daripada liang muka yang terbuka.

Campurkan setengah sudu serbuk kayu manis bersama satu sudu madu dan sapukannya dengan menggunakan jari pada kulit muka anda yang kering. Selepas itu cuba menggosok secara menyeluruh muka anda selama 3 minit dan bersihkan muka anda dengan menggunakan air suam.

2. Topeng muka telur putih

Telur putih yang kering selepas disapu pada kulit muka mammpu menarik kekotoran yang tersumbat pada liang kulit muka. Anda cuma perlu mengasingkan 2 biji telur kuning dari pada telur dan sapukan telur putih itu supaya menjadi satu lapisan nipis.

Tunggu selama 2 minit untuk lapisan pertama kering, kemudian tambahkan lagi lapisan kedua. Tunggu sehingga 10-15 minit sebelum boleh mengopek topeng telur putih tersebut. Pastikan anda menggunakan air suam yang bersih untuk membilas dan membersihkan muka.

3. Topeng muka tanah liat (clay mask)

Produk topeng muka tanah liat ini banyak boleh didapatkan di pasaran. Ianya dapat membuang sisa kotorang pada kulit muka setelah disapu dan dikeringkan.

Produk begini ada yang dijual dalam bentuk pes dan serbuk. Bagi mereka yang menggunakan dalam bentuk serbuk, boleh lah mencapurkan serbuk tersebut dengan cuka sari epal (apple cider vinegar) bagi mendapatkan kesan yang lebih efektif.

4. Oat dan Yogurt

Yogurt mempunyai asid laktik, manakala oat pula dapat menenangkan keadaan kulit muka – campuran kedua-duanya mempunyai kesan bagi mengatasi masalah bintik hitam.

Campurkan 3 sudu yogurt. 2 sudu oat dan campurkan sekali beberapa titisan jus lemon dan minyak zaitun.

Campur dan kacau campuran tersebut sebelum meletakkannya pada kawasan kulit muka yang terjejas. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas menggunakan air suam.

5. Kunyit dan jus pudina

Sediakan jus pudina dan pastikan ianya dalam keadaan sejuk. Tambahkan 2 sudu serbuk kunyit ke dalam jus tersebut.

Sapukan pada permukaan muka dan biarkan selama 10 minit sebelum membilas menggunakan air suam.

Ini lah beberapa tips yang admin dapat kongsikan dengan semua. Jika anda ada tips yang lebih menarik lagi, boleh la kongsi dengan ramai-ramai ya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...