Tips Bagaimana Hendak Berhenti Merokok Dan Apa akan Terjadi Selepas Berhenti

Trending

Tips Bagaimana Hendak Berhenti Merokok Dan Apa akan Terjadi Selepas Berhenti

Tidak perlu dinafikan lagi; merokok adalah sangat berbahaya kepada anda. Mungkin ramai yang tahu 50% daripada perokok mati kerana disebabkan ketagihan dan rokok adalah penyumbang suku peratus kematian setiap tahun mengikut statistik.

Advertisement

Susah untuk berhenti merokok adalah merupakan sebab kenapa masih lagi ramai yang masih menghisapnya. Ada juga di setengah negara, kerajaan mengambil langkah yang bagi mengurangkan jumlah perokok dengan memperkenalkan “Tobacco Control Plan” seperti di England.

Di sini terdapat beberapa tips bagi perokok yang cuba berhenti dari menghisap rokok.

1. Berhenti tiba-tiba secara mengejut

Memang tidak dinafikan susah untuk berhenti secara tiba-tiba dan tiada perancangan, tetapi ianya merupakan teknik yang berkesan. Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa 25% peratus perokok lebih cenderung untuk untuk berhenti jika dibandingkan dengan mereka yang cuba mengurangkan kuantiti rokok secara perlahan-lahan.

Tapi bagi mereka yang ingin mencuba kaedah ini, pastikan anda tidak sibuk dengan aktiviti-aktiviti sosial dan bukan ketika sedang berada di dalam tekanan di tempat kerja.

Pastikan juga anda mempunyai “strategi gangguan” ketika mencuba kaedah ini kerana dilaporkan keinginan untuk merokok hanya akan bertahan selama 5 minit sahaja. Jadi boleh la sediakan beberapa senarai “strategi gangguan” untuk digunakan ketika keinginan merokok datang menyerang.

2. Terapi penggantian nikotin

Bagi penghisap rokok, sebenarnya bukan asap rokok yang mereka tagihkan, akan tetapi nikotin yang terkandung di dalam rokok itu sendiri. Jadi terapi bagi menggantikan asap nikotin boleh didapati dalam pelbagai jenis seperti penampal (patch) dan gula-gula getah nikotin.

Kajian juga menyatakan bahawa dengan menggunakan kaedah ini, peluang anda untuk berjaya berhenti rokok adalah sebanyak 2 kali ganda. Tetapi perlu berhati-hati kerana anda mungkin tidak ketagih akan rokok, tetapi ketagih akan nikotin apabila terlalu banyak bergantung kepada produk sedemikian.

3. Penggunaan Vape

E-Cigarettes ataupun dalam bahasa melayunya rokok elektronik ini datang dalam pelbagai design dan rasa yang merupakan sebab utama kenapa ramai yang bertukar kepada Vape – meskipun masih banyak perdebatan mengenai keselamatan penggunaanya.

Terdapat kajian juga yang mengatakan dengan menghisap vape dapat menyebabkan mutasi sel yang boleh menyebabkan kanser. Akan tetapi bukti yang kukuh dari setiap kajian masih tidak lagi dapat dibuktikan. Jadi vape lah secara berhati-hati.

4. Hipnotisme

Walaupun teknik terapi secara hipnotisme ini nampak sepert “mengarut”, namun kajian terhadap 6,000 orang menunjukkan teknik ini mempunyai kadar peratusan yang paling tinggi untuk berjaya.

Hanya beberapa hari sahaja diperlukan bagi menghilangkan nikotin di dalam badan, jadi apa yang tinggal hanyalah psikologi keinginan untuk merokok. Keinginan untuk merokok dapat dikurangkan dengan menghiptoniskan perokok supaya berada dalam keadaam tenang.

5. Kurangkan pengambilan kopi dan lebihkan minuman teh herba

Proses “pembuangan” nikotin dari badan dapat membuatkan anda gelisah. Namun pengambilan bahan perangsang seperti kafein untuk menghilangkan rasa gelisah dapat menerukkan lagi keadaan.

Dilaporkan juga terdapat kajian yang menunjukkan kopi sebenarnya dapat membuatkan rokok anda menjadi bertambah “sedap”.

Apa yang akan terjadi setelah anda meninggalkan batang rokok yang terakhir?

Selepas 20 minit, denyutan nadi anda akan kembali kepada kadar normal.

Selepas 8 jam, kadar oksigen akan kembali kepada normal dan kadar nikotin dan karbon monoksida di dalam badan akan berkurang menjadi separuh.

Selepas 48 jam, tiada lagi nikotin yang tinggal di dalam badan dan keupayaan untuk merasa dan bau akan meningkat. Risiko untuk menghidap serangan jantung juga akan mula berkurang.

Selepas 2-12 minggu, peredaran darah akan menjadi lebih lancar.

Selepas 3-9 bulan, paru-paru akan berfungsi dengan lebih baik dan batuk pun berkurangan.

Selepas 1 tahun, risiko untuk diserang sakit jantung akan berkurang menjadi separuh berbanding perokok.

Selepas 10 tahun, risiko untuk mendapat kanser paru-paru adalah 50% lebih rendah berbanding perokok.

Selepas 15 tahun, risiko untuk diserang sakit jantung adalah sama seperti mereka yang tidak pernah merokok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...