Tingkatkan Sistem Imun Badan, Mungkin INI Sesuai Dengan Amalan Gaya Hidup Sihat Anda!

Branded

Tingkatkan Sistem Imun Badan, Mungkin INI Sesuai Dengan Amalan Gaya Hidup Sihat Anda!

Semakin hari, semakin  ramai yang terdedah dengan pelbagai penyakit, bakteria dan virus tidak kira sama ada ketika menjalankan aktiviti seharian mahupun berada di luar rumah. Sistem imunisasi dalam badan memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang. Ketahanan badan yang kuat sangat penting untuk mengelakkan risiko mendapat penyakit. 

Jika seseorang yang tidak mengambil peduli tentang tahap sistem imun mereka, maka ia akan menyebabkan penyakit berjangkit atau kesihatan dalaman mereka terjejas. Namun, masih belum terlambat untuk anda mengubah gaya hidup anda menjadi lebih baik.

Hari ini Beautifulnara nak share 5 cara yang sesuai untuk anda amalkan demi mengekalkan tahap imun badan yang baik.

Makan Makanan Yang Seimbang

Anda mesti selalu terdengar tentang pemakanan yang seimbang, tapi anda tahu tak apa makanan yang selalu disarankan untuk tingkatkan sistem imun badan? Haa, anda seharusnya memilih makanan yang lebih sihat dan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, bijirin penuh dengan susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak. 

Anda perlu mengehadkan makanan yang bersifat lemak tepu, kolesterol, garam dan gula tambahan. Kelebihan bila anda mengambil makanan yang seimbang ialah membekalkan pelbagai nutrien yang menyokong fungsi imun secara optimum.

Lebih bagus, jika anda rujuk pakar kesihatan untuk mendapatkan details mengenai diet yang sesuai dengan keperluan badan anda.

Senaman Is A Must

Bila bercakap tentang senaman mesti sesetengah orang beranggapan ia adalah satu aktiviti yang bosan dan memenatkan. Namun jika anda melihat di akaun media sosial, terdapat pelbagai senaman ringan yang anda boleh lakukan di dalam dan kawasan persekitaran rumah tanpa perlu bersusah-payah ke gimnasium. Antaranya ialah zumba, yoga, berbasikal dan brisk walking. Bercucuk tanam pun merupakan salah satu senaman jugak tau! 

Kalau anda nak tahu, senaman intensiti sederhana ini boleh meningkatkan peredaran sel imun dalam badan anda. Jadi, anda boleh mengambil pendekatan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu agar kekal sihat dan cerdas!

Belajar Mengurus Stres Yang Berlebihan

Percaya atau tidak, otak dan sistem imun anda amat berkait rapat. Tekanan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan tahap hormon dalam badan meningkat. Apabila masalah ini berlaku, hormon ini boleh mengganggu sistem imun yang menyebabkan keradangan, tahap sel darah putih berkurang  dan mengakibatkan diri anda  terdedah kepada jangkitan.

Namun, anda boleh melatih diri untuk menguruskan tekanan terhadap diri anda. Belajar menguruskan tekanan adalah cara terbaik untuk meningkatkan sistem imun anda. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah mendengar muzik yang tenang, melakukan hobi dan keluar bersama rakan-rakan.

Tidur Yang Secukupnya

Tidur yang secukupnya juga merupakan aspek penting dalam meningkatkan sistem imun badan anda. Apabila masa tidur anda kurang, badan akan sentiasa menjadi letih dan stres dan boleh meningkatkan tekanan darah serta pengeluaran hormon stres. Maka, risiko untuk mendapat serangan sakit jantung dan strok amat tinggi. 

Disebabkan itu, waktu rehat dan tidur yang cukup amat penting buat tubuh badan untuk menjaga kondisi badan anda supaya kekal fit! So, pastikan anda tidur selama 7-8 jam sehari agar daya tahan tubuh anda sentiasa terjaga!

Memanfaatkan Sumber Alam Semulajadi

Memang tidak dapat disangkal lagi akan khasiat bahan semula jadi. Ketahanan sistem imun dapat dipertingkatkan lagi dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat serta bervitamin secara terus dari sumber alam.

Lebih-lebih lagi, bahan semulajadi amat membantu dalam mengurangkan risiko untuk mendapat tekanan, penyakit dalaman dan tidur yang mencukupi. Sesetengah bahan semulajadi seperti daun kunyit, kulit kayu manis dan daun jambu batu berkesan untuk menangani masalah sembelit.

Tahap Kesihatan Mulut Juga Aspek Penting Tingkatkan Sistem Imun Badan Anda

Kalau anda nak tahu, penjagaan mulut dan gigi juga boleh meningkatkan sistem imun badan anda. Kesihatan mulut yang baik dapat membantu mencegah jangkitan bakteria pada dalam dan di luar mulut. 

Jangan risau, sekarang lebih mudah sebab ada Difflis Herbal Mouth Spray! Produk semburan mulut herbal yang diperkaya dengan propolis dan echinacea serta 7 khasiat semulajadi.

Tukar Kepada Difflis Herbal Mouth Spray, Untuk Penjagaan Dan Perlindungan Mulut

Anda pernah dengar tentang Propolis dan Echinacea? Propolis merupakan gam lebah yang dihasilkan oleh lebah madu dengan mencampurkan air liur dan lilin lebah dengan bendalir yang dikumpulkan daripada tunas pokok, aliran getah, atau sumber botani lain. Ia digunakan sebagai pengedap untuk ruang terbuka yang tidak diingini di sarang lebah.

Manakala, Echinacea pula adalah sejenis tanaman berbunga yang seringkali tumbuh di Amerika Utara. Hampir seluruh bahagian tanaman echinacea boleh digunakan sebagai ubat herba, baik bahagian bunga, daun, hingga akarnya. 

Sejak 400 tahun dahulu, orang Asli Amerika yang tinggal di Amerika Syarikat menggunakan tanaman herbal ini sebagai herbal perubatan. 

Gabungan Khasiat Propolis & Echinacea Dalam Satu Produk

Mesti anda nak tahu kan apa manfaat kedua-dua bahan ni? Propolis serta ekstraknya mempunyai banyak aplikasi dalam merawat pelbagai penyakit oleh kerana bersifat antiseptik, anti-radang, antioksidan serta manfaat lain yang selamat untuk digunakan.

Lebih menarik, kajian menunjukkan bahawa propolis membantu melawan bakteria, virus dan kulat.

Tambah pula, Echinacea pula bertindak untuk melindungi daya tahan sistem imun supaya badan anda tetap stabil. Bunga Echinacea mengandungi campuran zat aktif yang meningkatkan jumlah sel darah putih supaya lebih mudah untuk melawan kuman dan infeksi penyakit.

Jika anda seorang yang workaholic, memang terpaksa akur yang masa tu menjadi salah satu punca kurangnya penjagaan kesihatan mulut kan? Nak pula jika anda sering bertemu dengan orang ramai, mesti malu jika kesihatan mulut dalam keadaan buruk.

Sekarang dah mudah! Anda boleh kekalkan kesihatan mulut anda dengan Difflis Herbal Mouth Spray semudah 2-3 kali semburan setiap kali penggunaan. Oleh itu, ia akan membantu memberikan sensasi yang menyegarkan dan menyejukkan dari 10 saat*. Bestnya!

Buat anda yang berminat, Difflis Herbal Mouth Spray ini didatangkan dalam botol penyembur mulut sebanyak 15ml setiap satu dan dijual pada harga disyorkan RM25.65 (betul pada masa artikel diterbitkan).

Tunggu apa lagi! Jom dapatkan Difflis Herbal Mouth Spray di akaun Shopee Difflis. Untuk maklumat lanjut, layari akaun Facebook Difflamab MY.

*Data pada fail, iNova Pharmaceuticals

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...