Tingkap Dibuka Sedikit Ketika Memandu, Namun Wanita Ini Terkejut Bila Dilempar.. Jijik!

Trending

Tingkap Dibuka Sedikit Ketika Memandu, Namun Wanita Ini Terkejut Bila Dilempar.. Jijik!

Seorang pelajar bernama Hafizha Syazwani yang sedang memandu kereta untuk ke pusat pengajiannya terkejut besar apabila tiba-tiba ada sebuah motosikal yang ditinggangi oleh lelaki tidak dikenali telah melepar sesuatu ke dalam keretanya.

Advertisement

Menurut beliau, kejadian yang berlaku Penanti, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang itu, jam 7.45 pagi itu, dia sedang memandu seorang diri telah membuka sedikit tingkap keretanya di dalam kesesakan jalan raya.

Ketika membelek berita tentang kejadian ragut di telefon bimbitnya, ada seorang penunggang motosikal telah memasukkan botol air melalui tingkapnya dan menuang air yang ada di dalam bekas berkenaan dipercayai air kencing.

Menurutnya lagi, mujur ketika kejadian dia telah mengunci keretanya daripada dalam kerana menurutnya juga kemungkinan ia kejadian cubaan meragutnya.

Berdasarkan cerita mangsa ini, ia mungkin satu taktik untuk membuatkan wanita berkenaan keluar daripada kereta untuk menyamun mangsa atau ianya sekadar perbuatan khianat.

Apapun beliau mengingatkan wanita diluar sana supaya berhati-hati semasa memandu kereta berseorangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...