Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tinggalkan Tanda Suka Pada Gambar Anak Fattzura Di Instagram, Neelofa Kini Sudah ‘Move On’?

Umum mengetahui, pelakon serba boleh Fattah Amin dan isterinya Nur Fazura yang juga seorang penyanyi bersuara merdu telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 2 Oktober lalu.

Advertisement

Meskipun begitu, kedua-dua belah pihak masih belum mendedahkan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Fatima Aisya itu, namun netizen khabarnya tidak henti-henti memuji kecomelan Fatima kerana dilihat comel dan sihat.

Terbaharu, gempar di media sosial apabila foto Fatima yang memaparkan dirinya lena di sisi Fazura meraih perhatian netizen sehingga beberapa page turut berkongsi kembali entri yang dimuat naik wanita itu di laman Instagram miliknya.

Bahkan, Instagram program Meletop juga dilihat tidak ketinggalan berkongsi foto itu sehingga mendapat puluhan ribu tanda suka.

Advertisement

Bagaimanapun, posting itu dikatakan mendapat perhatian ramai apabila bekas pengacara program tersebut iaitu Neelofa tidak terlepas meninggalkan tanda suka pada foto Fatima.

Rentetan itu, ramai dalam kalangan netizen kini dilihat teruja dengan tindakan wanita yang sudah berniqab tersebut.

Malah wujud juga warganet yang sempat ‘screenshoot’ tindakan Neelofa yang sebelum ini pernah menyumbang “like” pada foto Fazura apabila dikongsikan semula di Instagram Meletop.

Untuk rekod, tular sekitar dua tahun lalu apabila Neelofa pernah dikecam netizen kerana didakwa berhati busuk memerli Fazura menerusi sebuah posting di Insta Story.

Malah, pengacara berstatus Hajjah itu juga sebelum ini dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan bapa Fatima ketika sedang hangat bergandingan dalam drama popular ‘Suri Hati Mr Pilot’.

Advertisement

Namun begitu, segalanya dikatakan telah berlalu kerana masing-masing kini telah membawa haluan sendiri dan dilihat semakin bersih daripada sebarang kontroversi murahan.

Sumber: Cari Forum

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. tecit

    November 12, 2020 at 10:08 am

    everyone has been bitter. dulu lopa buat sebab pakwe die kene sambar. now exgf pu riz plak kene. solutionnye: love make people bitter. but experience make people stronger. when theres love, theres pain.

  2. busuklaa

    November 12, 2020 at 12:02 am

    sebenarnya korang yg over busuk hati, asyik tak puas hati dgn lopa je.. k baiii

  3. Anonymous

    November 11, 2020 at 7:43 pm

    tak habis2 nak steal limelight si lopak ni. selagi boleh sapu bersih, tak nak kasi can pajura and baby fatima dpt perhatian netizen.

    • nama

      November 12, 2020 at 9:18 am

      like post tak boleh ke. lagipun tu ig meletop

  4. unknown

    November 11, 2020 at 3:28 pm

    over betul peminat lofa nih.. pure heart bagai..

  5. Aa

    November 11, 2020 at 3:23 pm

    Kata2 puji tapi menikam dan membatu api dari tepi. Ada tempat istimewa untuk orang sebegini.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama