Umum mengetahui, pelakon serba boleh Fattah Amin dan isterinya Nur Fazura yang juga seorang penyanyi bersuara merdu telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 2 Oktober lalu.
Meskipun begitu, kedua-dua belah pihak masih belum mendedahkan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Fatima Aisya itu, namun netizen khabarnya tidak henti-henti memuji kecomelan Fatima kerana dilihat comel dan sihat.
Terbaharu, gempar di media sosial apabila foto Fatima yang memaparkan dirinya lena di sisi Fazura meraih perhatian netizen sehingga beberapa page turut berkongsi kembali entri yang dimuat naik wanita itu di laman Instagram miliknya.
Bahkan, Instagram program Meletop juga dilihat tidak ketinggalan berkongsi foto itu sehingga mendapat puluhan ribu tanda suka.
Bagaimanapun, posting itu dikatakan mendapat perhatian ramai apabila bekas pengacara program tersebut iaitu Neelofa tidak terlepas meninggalkan tanda suka pada foto Fatima.
Rentetan itu, ramai dalam kalangan netizen kini dilihat teruja dengan tindakan wanita yang sudah berniqab tersebut.
Malah wujud juga warganet yang sempat ‘screenshoot’ tindakan Neelofa yang sebelum ini pernah menyumbang “like” pada foto Fazura apabila dikongsikan semula di Instagram Meletop.
Untuk rekod, tular sekitar dua tahun lalu apabila Neelofa pernah dikecam netizen kerana didakwa berhati busuk memerli Fazura menerusi sebuah posting di Insta Story.
Ni video story Fazura. Ni laa yang Lofake tu perli. Huh. pic.twitter.com/78kLHFwSir
— ???????-I'm Anas? (@FizzZoule) March 9, 2018
Malah, pengacara berstatus Hajjah itu juga sebelum ini dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan bapa Fatima ketika sedang hangat bergandingan dalam drama popular ‘Suri Hati Mr Pilot’.
Namun begitu, segalanya dikatakan telah berlalu kerana masing-masing kini telah membawa haluan sendiri dan dilihat semakin bersih daripada sebarang kontroversi murahan.
Sumber: Cari Forum