Tinggalkan Sampah Di Meja Restoran Makanan Segera, Segelintir Rakyat Malaysia Disifatkan Masih Ketinggalan

Trending

Tinggalkan Sampah Di Meja Restoran Makanan Segera, Segelintir Rakyat Malaysia Disifatkan Masih Ketinggalan

 Bersempena tahun baru, seorang pengguna Twitter memuat naik satu gambar, menegur segelintir individu yang meninggalkan bertimbun sampah di atas meja setelah selesai makan di restoran makanan segera.

Advertisement

Ini seterusnya menimbulkan perdebatan mengenai sikap rakyat Malaysia yang masih berpemikiran kelas ketiga walaupun kita berada di tahun 2019.

“Mudahkan kerja orang.”

Namun, seorang Netizen mendakwa tidak perlu membuang sampah seperti itu kerana pekerja dibayar caj perkhidmatan setiap hujung bulan.

“Jika ada caj perkhidmatan, tak perlu buang sampah.”

“Patut buang masa pelanggan ramai. Guna akal budi.”

Namun begitu ada mendakwa tidak pernah menerima upah caj perkhidmatan walaupun tiga tahun bekerja di bidang penyediaan makanan.

“Kami tak dapat faedah caj perkhidmatan.”

Sementara itu, seorang Netizen memberitahu ramai tidak faham konsep layan diri yang diamalkan restoran makanan segera. Semuanya sepatutnya dilakukan sendiri oleh pelanggan dari memesan dan mengambil makanan dan juga membuang sampah setelah selesai makan.

“Ramai tak faham konsep layan diri.”

Kata-kata ini ada benarnya. Sebenarnya, bukanlah begitu sukar untuk membuang sendiri sisa dan bekas makanan setelah usai makan di restoran seperti ini. Sekiranya hendak menjadi negara maju, mungkin mentaliti kita patut berubah, bermula dengan membuang sendiri sisa dan bekas makanan pakai buang di restoran.

Apa pendapat anda? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...