“Tinggal Sehelai Sepinggang..” – Wanita Kahwin Dengan ‘Scammer’ Rupanya Terkena Ilmu Pengasih?

Kehidupan

“Tinggal Sehelai Sepinggang..” – Wanita Kahwin Dengan ‘Scammer’ Rupanya Terkena Ilmu Pengasih?

Viral di media sosial Twitter baru-baru ini, satu hantaran memaparkan tangkap layar pendedahan oleh seorang wanita yang berkongsi kisah perkahwinan ibu saudaranya telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu menceritakan bagaimana dia mempunyai ikatan yang sangat rapat dengan ibu saudaranya itu kerana jarak umur mereka yang tidak jauh.

Advertisement

Namun, dia terkejut apabila ibu saudaranya secara tiba-tiba ingin berkahwin pada tahun 2021 dengan seorang lelaki yang juga merupakan rakan sekolah ibu saudaranya itu.

kahwin

Makcik saya buat keputusan macam cepat gila tahu-tahu nak kahwin, sedangkan dia ni jenis berfikir panjang, tegas, tak mudah nak bodohkan dia.

Walaupun tidak dapat menghadiri majlis tersebut, wanita itu perasan sesuatu yang ganjil mengenai pengantin lelaki tersebut kerana dia kerap bersembunyi sama ada dengan menoleh ke tepi atau bersembunyi di sebalik tangan pengantin perempuan ketika bergambar.

Kena alert ya semua! Jenis nak sorok-sorok muka ni mesti ada apa-apa.

scammer

Selepas berbulan-bulan berlalu, si suami mula menunjukkan sisi yang berbeza apabila bertindak memegang kesemua kad bank milik ibu saudaranya selain memburukkan ibu saudaranya itu kepada jiran mereka.

Bukan itu sahaja, dia juga menjual kereta milik ibu saudaranya, mengambil pinjaman loan dengan menggunakan namanya, menggadaikan semua barang kemasnya, dan mencuri wang simpanannya.

Dia buat makcik saya sehelai sepinggang tak ada satu apa.

Dedah wanita itu, lelaki itu turut mendakwa dia menjalankan sebuah syarikat keselamatan dan pada asalnya seorang peguam, tetapi sebenarnya, dia adalah seorang samseng yang melakukan aktiviti haram seperti pemerdagangan manusia, perjudian, dan pekerjaan scammer.

Kenapa makcik saya bodoh? sebab dia bukan diri dia. Lelaki tu ada pakai ilmu pengasih, dia sendiri mengaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Kami Stress!" - Tampal Notis Untuk Pensyarah, Netizen Kata 'Student' Zaman Sekarang Lemah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...