Tinggal Lagi Dua Bulan Bergelar Ibu, Ayda Jebat Tak Kisah Jantina Anak Asalkan Sihat

Hiburan

Tinggal Lagi Dua Bulan Bergelar Ibu, Ayda Jebat Tak Kisah Jantina Anak Asalkan Sihat

Penyanyi Ayda Jebat yang kini sarat hamil 7 bulan memaklumkan bahawa dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata yang dijangka akan melihat dunia pada bulan Oktober ini.

Kata penyanyi lagu Pencuri Hati ini lagi, dia juga tidak terlalu memikirkan mengenai jantina anak sulungnya nanti namun mengharapkan bayinya itu berada dalam keadaan sihat dan baik.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Ayda menerusi satu perkongsian di Instagram ada memuat naik foto terkini bersama suami tercinta, pengacara Nabil Mahir sambil memegang sebiji kek yang dikirim oleh sahabat baiknya yang bernama Ash.

BACA: ‘Rembat’ Baju Dan Boxer Nabil Mahir, Ayda Jebat Akui Tiada Sehelai Pun Baju Mengandung

Kek tersebut dihias cantik dimana ia berbentuk beg botol susu bayi dan juga dua bekas kek cawan kecil berwarna merah jambu dan biru bagi memberi bayangan jantina bayi dalam kandungannya itu adalah lelaki atau perempuan.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Ayda dalam pada itu turut meluahkan kebimbangan mengenai peningkatan kes positif COVID-19 dan berharap agar wanita hamil di luar sana untuk sentiasa peka dan menjaga kesihatan diri masing-masing.

Semoga dipermudahkan urusan buat Ayda Jebat di hari kelahiran anak sulungnya nanti.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...