Kekecohan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 telah menjadi isu yang sangat hangat diperkatakan oleh peminat bola sepak. Ultras Malaya bertindak kerana ingin FAM dilarang untuk menganjurkan mana mana perlawanan serta ingin FAM disekat mengikut sistem FIFA. Tindakan ini merupakan tanda protes untuk FAM kerana selama 35tahun Malaysia tidak layak ke ke Piala Asia secara merit dan perjuangan bola sepak yang dibawa oleh FAM semata mata untuk keuntungan wang sahaja.
Dear @FAM_Malaysia , lets go #VapeOn.
— ??????? ????? 07 (@ultrasmalaya07) September 8, 2015
dear @FIFAcom , just ban @FAM_Malaysia. Smokes and flares on the pitch during 2018 World Cup Qualifications MASvsKSA. It's too much!
— ??????? ????? 07 (@ultrasmalaya07) September 8, 2015
. @FIFAcom it is very dangerous for the away players. anything can happen to the players. @FAM_Malaysia cannot control the pitch!
— ??????? ????? 07 (@ultrasmalaya07) September 8, 2015
Sorry players. Sorry Malaysian. Sorry Saudi Arabian. But it have to be done.
— ??????? ????? 07 (@ultrasmalaya07) September 8, 2015
Kena kepung dengan FRU. Nak ke mana lagi? Pukul memukul tu bukan kerja kami dan semua sub negeri.
— ??????? ????? 07 (@ultrasmalaya07) September 8, 2015
Yang duduk dekat dengan penyokong Arab Saudi ialah exco-exco FAM. Ini satu clue yang mereka yang pukul penyokong KSA kerana marahkan kami!
— ??????? ????? 07 (@ultrasmalaya07) September 8, 2015
Selamat pagi media.
Yang ini bila nak masuk muka hadapan?
#SayNoToCircusGame pic.twitter.com/Jud40Vskuk
— ??????? ????? 07 (@ultrasmalaya07) September 9, 2015
Protes lepas perlawanan dah kami lakukan sejak 2-3 tahun lalu.
Protes di wisma FAM sudah kami lakukan
Petition telah kami lakukan
Apa lagi?
— ??????? ????? 07 (@ultrasmalaya07) September 8, 2015
BTW, kosongkan stadium telah dilakukan oleh abang dan bapak kita sejak 1994 ketika gejala rasuah merebak. Lagi galak dia control.
— ??????? ????? 07 (@ultrasmalaya07) September 8, 2015
Lu orang dah lupa agaknya tahun lepas dah kempen #RombakFAM sebelum kongres. Desak perwakilan FA. Jumpa calon.
Saluran yang betul kata lu.
— ??????? ????? 07 (@ultrasmalaya07) September 9, 2015
Berikut merupakan sebab untuk Ultras Malaya bangkit melawan FAM
1. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah 35 tahun yang lepas.
2. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah 35 tahun yang lepas.
3. Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.
4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.
5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 12 kali, sekali gus menduduki tempat tercorot kumpulan.
6. Pada Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 17 kali, sekali gus terperosok di dasar kumpulan kelayakan, di bawah Timor-Leste.
7. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.
8. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Ranking Malaysia telah menjunam ke kedudukan ke-33 Asia.
9. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia, namun kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan terburuk iaitu ke-169 dunia.
10. Ranking Malaysia kini berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.
11. Ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.
12. Liga bola sepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.
13. Tindakan FAM menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk tiga hari perlawanan dalam tempoh singkat tujuh hari, untuk membenarkan perlawanan menentang kelab-kelab luar.
14. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM didakwa tidak pernah membentangkan penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.
15. Dan terbaharu, kekalahan terburuk Malaysia dalam sejarah bola sepak negara, iaitu 0-10 kepada UAE minggu lalu.
Menurut sumber dari penerbitan indie. Seorang penulis mempunyai bukti lengkap tentang kegiatan judi bola sepak di Malaysia. Diharap dengan kejadian ini, buku tentang kegiatan judi boleh sepak serta individu yang terbabit akan diterbitkan. Biar malu sekali di mata dunia, jangan malu rakyat malaysia selama lamanya.