Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius sebarang ugutan atau komen yang boleh mengganggu saksi prosiding inkues Zara Qairina Mahathir, seperti dialami pakar patologi Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Dr Jessie Hiu.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata orang ramai dinasihati supaya menghormati proses keadilan yang sedang dijalankan.
Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu proses keadilan, termasuk mengugut saksi.
Tambahnya, AGC memandang serius ugutan yang diterima Dr Jessie Hiu kerana keterangannya amat penting bagi membantu Mahkamah Koroner mencapai keputusan yang adil dan memastikan keadilan untuk semua pihak.
Sebarang ugutan, perbuatan negatif atau tingkah laku yang boleh mengancam keselamatan saksi tidak boleh dipandang ringan.
Terdahulu, polis Sabah telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna kerana disyaki mengugut pakar patologi berkenaan.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, tangkapan itu dilakukan selepas Dr Jessia Hiu membuat laporan polis berhubung ugutan diterimanya.