Tindakan Tegas Kepada Antivaksin Sebar Berita Palsu

COVID-19

Tindakan Tegas Kepada Antivaksin Sebar Berita Palsu

Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap antivaksin yang suka menyebarkan berita palsu dan hasutan di media sosial.

4 years ago

Khairy Jamaluddin Sangkal Tuduhan Golongan Antivaksin Kata Vaksin Ialah Dajjal

Advertisement

Apabila tiada sebarang tindakan, mereka bebas menyebarkan berita-berita palsu yang mampu menguasai minda masyarakat yang masih takut untuk mengambil suntikan vaksin.

Membanteras gerakan antivaksin

Menerusi laman Sinar Harian, Pengerusi Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata, tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat laporan polis terhadap golongan antivaksin yang menyebarkan berita palsu telah menunjukkan komitmen untuk menghalang gerakan tersebut.

Sebelum ini, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak atasan walaupun isu membabitkan gerakan yang dibuat ahli antivaksin dibangkitkan dan sudah membuat laporan polis.

Ujarnya, kenyataan yang tegas oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar amat dialu-alukan.

Ia menunjukkan komitmen untuk membanteras disinformation yang menjejaskan kesihatan awam.

Jelas Dr Ahmad Firdaus lagi, dalam menangani hal ini carrot and stick approach perlu seimbang. Walaupun maklumat sahih serta libat urus (engagement) telah diberikan kepada umum dengan pelbagai insentif (carrot approach), penguatkuasaan untuk mengekang penyebaran maklumat palsu (stick approch) juga perlu ditekankan.

Katanya juga, pandemik Covid-19 adalah unik dan berbeza berbanding pandemik lain yang terjadi sebelum ini.

Cabaran infodemik di mana maklumat tanpa batas yang masyarakat dapat membuatkan mereka sukar untuk menentukan sama ada maklumat tersebut palsu atau benar.

“Media sosial tidak bertindak menyebarkan maklumat yang sahih dan benar. Sebaliknya, algoritma menentukan apa yang disajikan kepada pengguna adalah maklumat yang mereka mahu, bukannya yang mereka perlu.”

Jadi, perlulah kita berwaspada dengan maklumat yang kita dapat dari media sosial. Apabila mendapat sesuatu maklumat, kaji dahulu sebelum berkongsi dengan orang lain. Kepada golongan antivaksin, berhentilah sebarkan maklumat palsu di media sosial.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...