Tular rakaman di TikTok yang memaparkan sekumpulan pekerja kontrak warga Bangladesh telah mencuri perhatian ramai di media sosial.
Berdasarkan klip tersebut, mereka yang ditugaskan untuk projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, Kelantan dilihat membaca doa beramai-ramai sebelum memulakan kerja dan diketuai oleh salah seorang daripada mereka.
Difahamkan, syarikat kontraktor yang mengendalikan projek berkenaan telah mewajibkan para pekerja untuk melakukan rutin berdoa di awal pagi pada setiap hari.
Subhanallah, budaya kerja yang patut dicontohi. Katanya mereka pekerja-pekerja lapangan di LTSIP.
@yih1992 Replying to @Baharin Mohamad Aamin. #construction #malaysia #bangladesh #muslim ♬ original sound – Yih1992
Rakaman itu mendapat lebih 2 juta tontotan dan menerima pelbagai komen serta respon positif daripada pengguna laman sosial berkenaan.
Sesetengah warganet memuji tindakan syarikat kontraktor dan pekerja kontrak itu dan berkata kebanyakan warga asing dari Bangladesh lebih taat pada agama berbanding yang lain, berdasarkan pemerhatian mereka.
Netizen turut memuji suara dan bacaan pekerja yang mengetuai doa berkenaan malah ada yang bertanya jika mereka merupakan pendatang asing dengan dokumen yang sah kerana berniat untuk memanggil menjadi imam solat terawih.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.