“Tindakan Sedemikian Hendaklah Dihentikan..” – Dr Zulkifli Minta Ibu Bapa Jangan Terikut Sambut Hari Lahir Anak Di Kubur

Kehidupan

“Tindakan Sedemikian Hendaklah Dihentikan..” – Dr Zulkifli Minta Ibu Bapa Jangan Terikut Sambut Hari Lahir Anak Di Kubur

Baru-baru ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi teguran dan nasihat kepada para ibu bapa yang sering menyambut kelahiran anaknya yang sudah meninggal di tanah perkuburan.

Berhenti sambut di kubur

Menurut Dr Zulkfili, dia meminta agar ibu bapa segera berhenti membuat sambutan hari lahir di kubur dengan membawa kek serta menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada arwah.

Advertisement

Sebaliknya, lebih baik agar ibu bapa mengantikannya dengan mengirim doa dan sedekah kepada arwah dengan menjamu anak-anak yatim seperti mana yang diajar dalam Islam.

Tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.

kuburSumber : Gambar Hiasan  

Tujuan ziarah kubur

Bukan itu sahaja, Dr Zulkfili turut mengingatkan orang ramai tentang tujuan seseorang menziarahi kubur. Ia adalah untuk mengingatkan umat Islam tentang kematian dan akhirat, bukannya atas tujuan peribadi atau kehidupan semata-mata.

Dengan sebab itu, mengimbau kepada sunnah dan sirah Nabi SAW, Rasulullah SAW sentiasa ziarah kubur untuk memberi syafaat kepada ahli kubur dengan doa atau mengambil faedah untuk mengingati kematian dan muhasabah diri.

kekSumber : Gambar Hiasan  

Tambahnya, umat Islam tidak disarankan melakukan aktiviti yang ‘bergembira’ atau secara berlebihan kerana perlu menghormati dan mengingati kematian.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bcl suami baru
10 months ago

“Tidak Akan Hilang Rasa Cinta” - Foto Suami Baru BCL Ziarah Kubur Arwah Ashraf Sinclair Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...