“Tindakan Saya Itu Lebih Dipengaruhi Oleh Emosi, Hentikan Penyebaran..” – Isteri Mohon Maaf Terlanjur Kongsi Aib Suami Curang Di KK

Kehidupan

“Tindakan Saya Itu Lebih Dipengaruhi Oleh Emosi, Hentikan Penyebaran..” – Isteri Mohon Maaf Terlanjur Kongsi Aib Suami Curang Di KK

Sedia maklum, penularan video yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Iffah yang dapat menangkap suami bersama skandalnya di sebuah klinik kesihatan di Kajang telah pun menjadi bualan hangat pada minggu lalu.

Isteri tampil mohon maaf, gagal kawal emosi

Namun begitu, di platform Instagram Iffah, dia memuat naik satu hantaran tampil memohon maaf atas ketelanjurannya mendedahkan aib rumah tangga di platform media sosial.

Advertisement

Bahkan, wanita itu mengakui tindakannya berbuat demikian susulan gagal mengawal emosi dan terikut-ikut dengan perasaan marah yang dirasakan sewaktu itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by إيفا (@iffahmzzln_)

Sedar beri kesan yang tidak baik

Dalam pada masa yang sama, wanita itu memaklumkan kini dirinya serta semua pihak yang terlibat dalam proses untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dengan saluran yang betul.

Iffah menyedari susulan video yang sudah tular, ia telah memberi kesan yang tidak baik terutama melibatkan aib diri, suami, keluarga besar serta anak-anak yang masih kecil.

Disebabkan itu, Iffah memohon agar orang ramai menghentikan penyebaran video berkenaan di mana-mana platform serta meminta agar dirinya diberi ruang untuk menyelesaikan masalah peribadi itu.

suami curang di kk
2025-09-27 10:35:14

"Ingatkan Dia Accident.." - 'Location' Suami Terhenti 1 Jam Punca Isteri Bergegas Pergi Ke Klinik Kesihatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...