Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain” – Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

"Jangan Ambil Kesempatan Buat Pemasaran Atas Penderitaan Orang" - Peguam Balu Abam Tegur Ejen Insurans

Seakan kembali menjadi bualan hangat netizen apabila konflik yang membabitkan Nor Hidayah bersama keluarga mertuanya makin berpanjangan apabila peguam balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan tiada sebarang saman dikemukakan anak guamnya kepada ibu mentua, Sabariah Arshad seperti didakwa pelawak Ali Puteh baru-baru ini.

"Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain” - Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

Advertisement

Menurutnya, ibu mertua Hidayah bersama beberapa ahli keluarga yang lain bertindak memfailkan saman terhadap wanita tersebut.

“Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada usaha untuk menggabungkan dua tindakan itu. Kami ingin menjelaskan di sini bahawa kami tidak pada bila-bila masa menyaman ibu kepada Ali. Tindakan saman hanya terhadap Ali tanpa ahli keluarga lain.”

Sementara itu, menerusi kes berkaitan di mahkamah syariah yang membabitkan hak penjagaan anak dan faraid, peguam Hidayah dari Fadhlina Siddiq & Associates, Fadhlina Datuk Siddiq menjelaskan tuntutan yang dibuat tiada kaitan dengan isu saman-menyaman.

"Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain” - Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

“Kes pertama berkaitan faraid, ia tiada kaitan dengan saman-menyaman kerana prosiding faraid untuk mengesahkan waris-waris kepada arwah saja dan kita sudah mengenal pasti waris terbabit.”

Advertisement

Ujarnya, ia sekadar prosiding yang harus dituruti oleh kedua-dua pihak bagi mengesahkan siapakah waris yang berhak malah akui tidak timbul sebarang isu saman-menyaman kepada mana-mana pihak.

"Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain” - Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Ali tampil menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Nor Hidayah kepada ibunya menerusi siaran langsung di Facebook. Bagaimanapun, pelawak tersebut difahamkan tidak menjelaskan kandungan terperinci surat berkenaan.

Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam Hidayah berkata nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Naikkotturunkott

    September 8, 2020 at 1:51 pm

    Mula mula mmg la dpt Surat loyer pastu saman la kalau tak ikut… Loyer mmg pandai roller coaster

    • Anonymous

      September 8, 2020 at 2:59 pm

      Kau yg buduh. pantang dgr perkataan lawyer je triggered igt kena saman. igt lawyer dan court tu buat kes org kena saman je ke? buduh x nak belajar, pastu melalak satu alam kata mcm2 dkt org yg lebih berhak. mulalah keluar segala hukum faraid kata netizen tak tau hukumhakam bagai. yg melalak pulak org yg xde hak… lawak2. muka hitam takpe mcm mamak putih tu, jgn hati hitam mcm si ali ni.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top