“Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain” – Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

Hiburan

“Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain” – Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

Seakan kembali menjadi bualan hangat netizen apabila konflik yang membabitkan Nor Hidayah bersama keluarga mertuanya makin berpanjangan apabila peguam balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan tiada sebarang saman dikemukakan anak guamnya kepada ibu mentua, Sabariah Arshad seperti didakwa pelawak Ali Puteh baru-baru ini.

"Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain” - Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

Advertisement

Menurutnya, ibu mertua Hidayah bersama beberapa ahli keluarga yang lain bertindak memfailkan saman terhadap wanita tersebut.

“Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada usaha untuk menggabungkan dua tindakan itu. Kami ingin menjelaskan di sini bahawa kami tidak pada bila-bila masa menyaman ibu kepada Ali. Tindakan saman hanya terhadap Ali tanpa ahli keluarga lain.”

Sementara itu, menerusi kes berkaitan di mahkamah syariah yang membabitkan hak penjagaan anak dan faraid, peguam Hidayah dari Fadhlina Siddiq & Associates, Fadhlina Datuk Siddiq menjelaskan tuntutan yang dibuat tiada kaitan dengan isu saman-menyaman.

"Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain” - Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

“Kes pertama berkaitan faraid, ia tiada kaitan dengan saman-menyaman kerana prosiding faraid untuk mengesahkan waris-waris kepada arwah saja dan kita sudah mengenal pasti waris terbabit.”

Ujarnya, ia sekadar prosiding yang harus dituruti oleh kedua-dua pihak bagi mengesahkan siapakah waris yang berhak malah akui tidak timbul sebarang isu saman-menyaman kepada mana-mana pihak.

"Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain” - Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Ali tampil menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Nor Hidayah kepada ibunya menerusi siaran langsung di Facebook. Bagaimanapun, pelawak tersebut difahamkan tidak menjelaskan kandungan terperinci surat berkenaan.

Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam Hidayah berkata nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...