Untuk anda yang tidak tahu, bekas pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki telah pun berjaya mendapatkan injunksi sementara untuk menghalang pelawak dan pelakon itu daripada menandatangani sebarang kontrak baharu dan membuat sebarang endorsement dengan stesen televisyen berbayar, Astro atau mana-mana produksi lain sehingga injunksi kekal didengar. Abang Nara tidak tahu sangat apa kesan ex-parte ini tetapi daripada apa yang diluahkan oleh Zizan, ia nampaknya memberi impak yang amat hebat kepada pendapatan pelawak tersebut.
Kata Zizan:-
Tindakan dia benar-benar menutup peluang pendapatan dan periuk nasi saya! Tindakannya itu sangat di luar jangkaan dan tidak adil. Malah, saya tidak faham apa yang diinginkannya.
Sebelum ini, dia telah membuat kenyataan tidak mahu lagi menguruskan semua aktiviti saya. Saya sangat kecewa kerana dia sanggup bertindak seperti ini untuk menghalang pendapatan melalui titik peluh saya sendiri.
Saya akan membuat rayuan dan saya percaya keadilan akan memihak kepada saya. Ini kerana saya sedar, saya tidak pun melakukan sesuatu perbuatan yang dianggap salah.
Pada awal-awal kontroversi ini berlaku, Marina Juki telah melahirkan kesediaannya untuk bertemu dengan Zizan dan berbincang secara baik untuk menyelesaikannya. Namun entah di mana silapnya, pertemuan itu tidak terjadi. Kini kedua-duanya terpaksa menyelesaikan persengketaan yang terjadi di mahkamah. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Sinar Harian.