January 2nd, 2018

Tentu anda semua tahu pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie dan isterinya, Nina Ismail Sabri kini sedang bahagia dan menikmati saat indah bergelar ibu dan bapa setelah menimang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie pada 1 November 2017. Nina dan Jovian sering berkongsi perkembangan dan aktiviti mereka sekeluarga di akaun Instagram.

Walaubagaimanapun, foto yang dimuat naik oleh Nina semalam ketika suaminya sedang solat dan meletakkan Jaenelle di atas sejadah mencetuskan sedikit perbalahan di ruangan komen Instagramnya.

Ianya bermula apabila seorang pengikut mempersoalkan tindakan mereka suami isteri yang sengaja membiarkan anak mereka di atas sejadah kerana ia menyukarkan lagi pergerakkan Jovian.

Dalam kapsyen Nina juga sudah menjelaskan mengapa Jovian berbuat begitu. Betul atau salah semuanya berbalik kepada hukum agama Islam. Apa pula pandangan anda?


30 responses to “Tindakan Jovian Mandagie Letak Anak Perempuannya Di Atas Sejadah Ketika Solat Dipersoal”

  1. Hamba allah says:

    @daun kesum betul tu.. mane tau mak dia td ngah masak, br blk ke br kuar toilet ke nmpak situasi mcm tu terus ambik gambar sebab bg dia sweet je moment tu.. bersangka baik sudah la.. siapa2 yg ade anak kecik mmg biasa dh situasi mcm ni dan dh tau pon.. kecuali la yg x solat dan x de anak kecik.. huhuhu

  2. daon kesom says:

    Bersangka baik je la. Mungkin masa tu bini dia sakit perut duk lama dlm jamban.

  3. Ingatan bersama says:

    Boleh je letak anak tu kat tepi. Pada pandangan saya yg ambil gambar tu sengaja letak anak kat situ utk menunjukkan suami seorg yg rajin solat walaupun anak atas sejadah. Utk menunjukkan keperihatinan bapa dan sbg bapa penyayang. Memandangkan budak tu masih belum boleh bergerak, dah tentu sengaja diletakkan atas sejadah tu. lain lah kalau anak tu yg merangkak sendiri. Sebaiknya yg ambil gambar tu ambil anak tu letak ditepi. Apa tujuan upoad di instgram? Jawab sendiri. Kena ingat pada budak tu ada najis yg sentiasa berpampers. Jgn hanya ghairah ambil gambar sangaja letak anak di ats sejadah dan lepas tu upload di instagram. Dari situ dah nampak kekurangan ilmu. Bila ada org komen, itu satu peringatan. Mesti ada yg tak kena. Bukan kerana ustaz atau ustazah jadian, tapi itu memang tak sewajarnya dilakukan. Ibu2 yg ada anak kecil pun tak digalakkan membawa anak ke masjid untuk keselesaan jemaah lain dgn tangisan dan gangguan anak2 kecil. Menjaga anak dirumah jauh lebih baik. Sebab itulah suami atau lelaki digalakkan bersolat jemaah di masjid bagi menghidupkan masjid manakala wanita pula sebaik2 nya solat di rumah sendiri. Mesti ada hikmahnya saranan nabi tersebut.

  4. aku says:

    bole je kot tukang amik gambar tu tolong pegang baby tu dari dia duk sibuk ngan hp…mmglah solat ..tp ibadah ke hanya utk Allah bukan nak show off bagai

  5. unknown says:

    korang tau tak baby besar ni kalau kita solat depan dia insyALLAH dia akan stay je kat tempat dia tgk setiap pergerakan solat kita.. sekurang-kurangnya jovian tunjuk kepda kita cara utk bersolat dengan baby.. ilmu kan.. x caye? try buat

Loading...