Tindakan Isra*l Kepung Konvoi GSF Haram Di Sisi Undang-Undang Antarabangsa

Trending

Tindakan Isra*l Kepung Konvoi GSF Haram Di Sisi Undang-Undang Antarabangsa

Sekatan Israel terhadap kapal-kapal konvoi untuk misi kemanusiaan ke Gaza adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa, kongsi akaun Sumud Nusantara.

Semua pihak wajib dipatuhi oleh semua pihak termasuklah kewajipan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam.

Advertisement

Namun, tidak bagi Israel. Segala undang-undang itu seolah-olah tidak punya makna. Dipandang remeh. Dipijak tanpa rasa bersalah. Dari Konvensyen Geneva hingga resolusi PBB, semuanya mereka langgar. Apa sahaja yang menyekat kerakusan mereka, akan dilumpuhkan.

Hantaran itu turut berkongsi tentang kesalahan Israel mengepung kapal dan menahan peserta misi kemanusiaan tersebut, dalam sudut undang-undang.

sumud nusantara-1

Antaranya adalah Manual San Remo (1994) Pada. 102-103 di mana sekatan laut hanya sah jika tidak menyebabkan kebuluran beramai-ramai atau menafikan hak penduduk awam mendapat bantuan.

Dalam undang-undang antarabangsa, negara boleh menjalakan kawalan keselamatan (pemeriksaan) tetapi tidak boleh menafikan penghantaran barang asas kemanusiaan. Menghalang makanan, ubat atau bahan api hingga menyebabkan penderitaan orang awam menjadikan sekatan itu haram.

Tambahnya, kepungan Israel ke atas Gaza adalah haram kerana ia melibatkan hukuman kolektif, kebuluran orang awam dan melanggar Konvensyen Geneva serta Manual san Remo.

Misi Global Sumud Flotilla mempunyai legitimasi undang-undang antarabangsa. Ia selaras dengan prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, malah mempunyai hak untuk berlayar terus ke Gaza.

sumud nusantara-2

Anwar Ibrahim giat usaha bebaskan sukarelawan GSF
2025-10-02 11:47:38

"Saya & Pasukan Giat Usaha Untuk Pastikan Sukarelawan, Aktivis Dibebaskan Pihak Isra*l Segera" - Anwar Ibrahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...