Kenalkah anda dengan Kiki iaitu pemilik kereta Peugeut berplat nombor CDM25? Abang Nara pasti ramai yang mengetahui mengenai gadis ini yang menjadi viral selepas videonya menghentam kereta seorang pakcik dengan stering lock kerana keretanya dilanggar dari belakang. Ia menjadi isu negara apabila Ketua Polis Malaysia turut sama memaklumkan akan mengambil tindakan kepada Kiki yang berlagak seperti seorang ‘road bully’.
Tindakan Hitz.fm ini mendapat reaksi negatif daripada orang ramai dan dicemuh menerusi komen di Facebook mereka. Pada pandangan Abang Nara, ini adalah satu langkah yang salah oleh Hitz.fm kerana ia menunjukkan seolah-olah stesen radio ini menyokong tindakan Kiki yang membuli Uncle Lim.
Apa pendapat anda? Wajarkah Hitz.fm menjemput Kiki? Adakah ini satu tindakan yang salah? Apa pendapat anda mengenai tindakan Kiki terhadap Uncle Lim?