Tular di platform Threads apabila beberapa netizen meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan tidak bertanggungjawab individu yang didakwa menghasilkan deepfake menggunakan wajah arwah Zara Qairina.
Menurut warganet, tindakan itu dianggap keterlaluan dan langsung tidak menghormati pemergian Allahyarhamah. Malah, ada yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan kerana memanipulasi imej insan yang sudah tiada untuk tujuan hiburan atau konten semata-mata.
View on Threads
“Ini memang melampau. Arwah dah pergi, janganlah buat macam ni. Tak hormat langsung,” tulis seorang pengguna Threads.
Ramai yang turut mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas terhadap pembuat deepfake kerana ia bukan sahaja menjatuhkan maruah arwah, tetapi juga mengguris perasaan keluarga serta orang terdekat.
Isu deepfake sebelum ini sudah beberapa kali menjadi kontroversi melibatkan selebriti, namun kali ini ia menimbulkan kemarahan besar kerana membabitkan individu yang telah meninggal dunia.
Setakat ini, keluarga arwah belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun netizen sepakat menggesa semua pihak agar menghentikan perbuatan tidak bermoral ini dan menghormati memori arwah Zara Qairina.