Tindakan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Pada Anaknya Buat Ibu Bapa Di Luar Sana Tergamam

Trending

Tindakan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Pada Anaknya Buat Ibu Bapa Di Luar Sana Tergamam

Kegembiraan jelas terpancar di wajah angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dengan kehadiran dua orang cahaya mata kembarnya baru-baru ini.

Advertisement

Beliau juga sering dilihat berkongsi perkembangan anak kembarnya itu di media sosial.

Terbaru beliau berkongsi mengenai aktiviti anak beliau yang melakukan ‘tummy time’ seawal usia dua minggu kelahiran.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, sebenarnya banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan ‘tummy time’ ini sebaik dilahirkan.

Baca perkongsian beliau di laman sosial miliknya:

“Penting sebenarnya untuk bayi baru lahir melakukan aktiviti meniarap atau tummy time. Saya mulakan tummy time pada anak sebaik mereka dilahirkan termasuklah anak perempuan saya.”

“Aktiviti ini akan menguatkan bahagian belakang dan juga leher mereka. Bayi baru lahir boleh kita ibaratkan seperti kura-kura, mereka tidak suka diangkat dan diposisikan dalam keadaan menelentang.”

“Dan lagi banyak mereka menjerit atau menangis ketika tummy time adalah lebih baik kerana ia akan mengembangkan paru-paru mereka.”

“Stimulasikan juga refleks cahaya untuk mereka kerana bayi baru lahir hanya dapat melihat hitam dan putih saja ketika ini. Selain itu stimulasikan Babinski reflleks di bahagian kaki yang boleh membantu bayi berjalan lebih awal.”

“Saya ingat lagi Bella sudah mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pada usia tujuh bulan yang mana pada saya satu pencapaian. Jadi sekiranya anda punya anak bayi baru lahir belum terlambat untuk melakukannya.”

Semoga bermanfaat kepada semua ibu bapa di luar sana yang masih lagi belum tahu tentang seperti apa yang dikongsikan oleh angkasawan negara ini.

Selamat mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...