Tindakan Cikgu Ini Ubah Sikap Pendiam Anak Muridnya Sangat Mengejutkan Dan Akhirnya…

Trending

Tindakan Cikgu Ini Ubah Sikap Pendiam Anak Muridnya Sangat Mengejutkan Dan Akhirnya…

Untuk menjadi seorang pendidik bukan satu perkara yang mudah. Pekerjaan yang mulia ini menuntut kesabaran yang amat tinggi.

Advertisement

Kalau diberikan pelajar yang bersikap baik dan senang diajar, itu satu rahmat bagi cikgu. Tapi andai sebaliknya, anggaplah ianya satu ujian kesabaran dari Allah kepada kita yang bergelar pendidik.

Dan itulah yang terjadi kepada seorang guru ini yang bernama @amymistika.

Diuji dengan seorang pelajar yang sangat pemalu dan susah untuk bercakap sehinggakan guru-guru lain TERPAKSA mengabaikan dia.

Tapi baginya ia tidak adil untuk memperlakukan pelajar itu sebegitu rupa dan dia nekad untuk ubah sikap pelajar ini. Ternyata kesabaran dia dibayar dengan satu perubahan yang dia tidak jangkakan sama sekali!

Baca perkongsian beliau..

Aku ada seorang student China yang pendiam dan pemalu sangat. Nak dengar suara dia memang susah sangat. Nama dia Yip Kah Shzen.

Tengok muka dia dalam gambar ni pun boleh bayangkan dia jenis macam mana. Pertama kali masuk kelas 4 Einstein, memang tak perasan langsung pelajar ni. Sebab kelas dia sangat huru hara dan bising gila.

Kemudian, bila aku mula nak tanya nama sorang-sorang, sampai turn dia, dia senyap. Duduk pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya balik tak jawab.

Kawan dia cakap, “cikgu,dia memang macam tu.pemalu”. Okay takpela aku tanya kawan dia nama dia siapa.

Kelas seterusnya, masa aku mengajar, memang class tu huru hara. Nak periksa satu-satu memang tak sempat. Cuma yang aku perasan, KS ni tak bergerak cuma tenung meja.

Lepas tu aku ambil langkah untuk ubah kedudukan kelas dan susunan meja. Aku letak Kah Szennkat bahagian depan. Senang nak pantau.

Dan semenjak tu, aku buat denda tabung untuk siapa yang tak bawak buku dan calculator. Tiap kali kelas, aku periksa sorang-sorang.

Sampai turn KS, dia still tenung meja. Aku tanya dia, dia senyap. Aku tanya kawan sebelah dia, selalu macam mana kalau cikgu lain ajar dia?

Classmate dia cakap “Cikgu lain biar je. Sebab memang dia tak kan bercakap. Dia tenung meja je. Balik bilik guru, aku fikir apa nak buat.”

Aku jumpa guru kelas dia yang sebelum ni cikgu matematik diorang jugak. Cikgu tu cuma cakap “Dia memang tak boleh buat apa. Biar je. TERPAKSA abaikan.”

Aku rasa macam tak adil macam tu. Aku ambil langkah untuk bertutur dalam bahasa cina. Mungkin dia tak faham melayu.

Aku tanya mana buku dengan calculator. Dia geleng. Aku tanya tak bawa ke atau memang tak ada? Dia jawab dengan perlahan je ‘Takde’.

Mungkin dia orang susah. Aku nak denda pun tak sampai hati.

Tapi kalau tak denda jadi tak adil la pulak. Aku pun pergi jumpa panitia matematik. Pinjam buku lebih dan bagi Kah Szen pinjam sekali dengan calculator.

Aku mengajar macam biasa. Dalam masa yang sama aku cuba pantau dia. Cuba bercakap dengan dia. Setiap kali class cuba approach dia.

Suatu haritu, aku semak buku dia. Rupanya selama ni setiap apa yang aku tulis di whiteboard, semua dia salin. Setiap benda! Allah!

Semenjak ada buku, homework dia hantar. Apa aku suruh semua dia buat. Kiranya selama ni bukan dia tak nak buat, tapi tak ada bahan.

Sejujurnya kelas dia memang hyper. Kalau kelas lain, boleh habiskan 4 tajuk dalam satu masa. Kelas dia ni aku boleh cover 1 tajuk je.

Walau macam mana sekalipun, aku cuba juga curi sikit masa untuk pergi dekat dia sorang. Lama lepas tu, apa aku ajar, 80% dia boleh jawab dengan betul.

Maksudnya dia bukan dungu, dia cuma perlukan perhatian lebih. Dan aku pun teruskan bagi perhatian pada dia.

Setiap apa yang aku cakap dekat dalam class,aku akan cakap semula dekat dia personally. Supaya dia tak terlepas.

One day aku borak dengan cikgu seni kelas dia.

Then aku tanya macam mana KS kalau waktu kelas dia. Pastu dia cakap “ohh dia tu selalu tunduk tenung meja je dalam class. Saya selalu panggil dia takde kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu”

Aku pun tunjuk buku latihan KS dekat dia dan cikgu tu sampai terkejut dan terdiam bila tengok buku KS penuh dengan latihan yang dia buat.

KS mula berani nak berinteraksi dengan aku. Dia whatsapp aku tanya pasal pembaris. Terkejut juga la. Tapi aku happy gila. Tak kesah la google pun, asalkan aku nampak effort dia. Dia bukan useless.

Aku selalu juga buat note kat buku latihan dia. Suruh dia senyum. Sebab memang susah nak tengok dia buka mulut dan senyum. Tapi aku teruskan juga.

Minggu terakhir aku, kitorang rancang untuk buat farewell party. Kelas 4 Einstein ni memang banyak sangat bagi aku pengajaran dan pengalaman.

So aku berharap sangat semua datang dan jumpa buat kali terakhir. Aku pun pergi dekat sorang-sorang tanya pergi ke tidak.

Sampai dekat KS, aku cakap “saya harap awak datang”. Sebab dia adalah pelajar yang ajar aku erti kesabaran dalam mendidik.

Sebelum aku keluar kelas masa tu, kawan dia datang bagi sekeping kertas dekat aku. Katanya KS bagi. Aku pun pandang KS dan cakap “xie xie”. Dia terus tunduk.

Aku buka kertas tu dan nampak dia tulis satu ayat “THANK YOU TEACHER”.

Allahu! Walau nampak simple ayat tu, tapi bagi aku besar maknanya.

Then pada hari jamuan tu aku dapat rasa dia tak datang. Sebab pelajar Chinese kan susah sikit nak approach. Tapi tetiba dia whatsapp. Aku happy sangat!

Dia  senyum sebab aku cakap ni last day aku dan he was trying!

Aku mintak sorang-sorang bagi ucapan. Sampai turn dia, dia malu-malu tapi dia bercakap!

Okay last masa nak balik, kawan dia ada buat lawak. Then aku ternampak dia senyum. Aku suruh kawan dia ulang semula.

Then dia bagi senyuman paling manis! Walaupun dia tak cakap senyuman tu untuk aku. Tapi aku rasa aku dah reward diri sendiri sebab tak pernah putus asa.

Thank you Yip Kah Szen sebab bagi saya pengalaman dan pengajaran yang bermakna dalam hidup saya! Will miss you all so much!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...