Tindakan Cekap Kru Air Asia Selamatkan Bayi Sakit Ketika Penerbangan Tular, Wanita Rakam Ucapan Penghargaan Terima Kasih

Kehidupan

Tindakan Cekap Kru Air Asia Selamatkan Bayi Sakit Ketika Penerbangan Tular, Wanita Rakam Ucapan Penghargaan Terima Kasih

Seorang ibu meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada kru penerbangan AirAsia AK115 atas tindakan pantas dan profesional mereka ketika anak perempuannya mengalami kecemasan perubatan semasa penerbangan dari Guangzhou ke Kuala Lumpur pada 4 Julai 2026, jam 5:55 pagi.

Menurut wanita tersebut, anaknya Natashya Sofea yang berusia 1 tahun 7 bulan kelihatan tidak sihat kira-kira 1.5 jam selepas pesawat berlepas. Pada mulanya, bayi itu menyusu dan kelihatan tenang, namun tiba-tiba menjadi resah, wajahnya pucat, bibir berubah warna dan dia kelihatan lemah serta sukar bernafas.

Advertisement

Melihat keadaan anaknya yang membimbangkan, si ibu segera meminta bantuan kru kabin yang bertindak pantas memberi oksigen hingga bayi kembali stabil. Kru turut memanggil doktor dalam pesawat dan juruterbang menurunkan altitud untuk membantu pernafasan bayi.

Setelah keadaan reda, pesawat diarahkan mendarat cemas di Ho Chi Minh. Sepanjang penurunan, kru terus memantau bayi dan memberikan sokongan kepada ibu bapa.

bayi sakit dalam pesawat

Setibanya di lapangan terbang, pasukan perubatan telah sedia menunggu dan terus menaiki pesawat untuk menilai keadaan Natashya sebelum membawa mereka sekeluarga ke hospital. Barangan mereka turut diturunkan dengan segera.

Ibu tersebut turut memuji kecekapan dan keprihatinan pegawai darat AirAsia di Ho Chi Minh, Mr Alan Vuu, yang menemani mereka sepanjang proses rawatan di hospital. Mereka tidak perlu menunggu lama dalam tempoh sejam, semua ujian seperti ECG, echocardiogram dan X-ray telah disempurnakan.

Lebih mengharukan, AirAsia turut menaja penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dan membantu mereka hingga ke ruang menunggu.

Beliau berharap agar pihak AirAsia memberikan ganjaran sewajarnya kepada semua staf yang terlibat atas tindakan pantas, penuh empati dan sangat profesional ketika berhadapan situasi getir itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 days ago

"Saya Tak Kisah Bos Potong Gaji RM70 Setiap Kali Pergi Solat" - Kisah Pekerja Warga Bangladesh Ini Jadi Teladan Buat Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...