Baru-baru ini, timbul satu dakwaan mengatakan pelakon kacak, Aniq Suhair telah menghamilkan seorang gadis tetapi enggan bertanggungjawab dan meminta agar menggugurkan kandungan berkenaan.
Tidak mendiamkan diri, Aniq tampil memuat naik hantaran berkata tuduhan tersebut sememangnya jahat dan sekaligus telah menjatuhkan nama baik dia.
Susulan itu, Aniq atau nama sebenarnya, Aniq Suhair Mohd Salleh bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu bagi menjaga dan melindungi nama baiknya serta keluarga.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, pelakon tersebut enggan mengulas lebih mengenai dakwaan itu atas nasihat peguamnya kerana tidak mahu menganggu proses undang-undang.
Sebelum ini, seorang individu telah membuat satu akaun TikTok semata mahu membongkarkan ‘rahsia’ Aniq yang menghamilkan dirinya tetapi ‘lari’ dari tanggungjawab.