Tindakan Berani Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Honeymoon, ‘Instafamous’ Dikecam Warga Maya

Trending

Tindakan Berani Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Honeymoon, ‘Instafamous’ Dikecam Warga Maya

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Januari lalu, pergerakan orang awam untuk merentas negeri tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang instafamous yang menggelarkan dirinya ‘datin’ telah berkongsi ‘cara-cara’ untuk merentas negeri atas alasan ingin berbulan madu bagi pasangan yang baru berkahwin.

Advertisement

Datin instafamous itu telah membuat tempahan menerusi atas talian tempat percutian bulan madu mereka sejak Disember tahun lalu. Tambahnya, pegawai polis di kawasan tempat tinggalnya mudah untuk memberi kebenaran merentas negeri sambil mengikut SOP yang ditetapkan.

instafamous dikecam warga maya

Perkongsian menerusi instastory beliau nyata membuatkan rata-rata warganet kurang senang dan mengecam tindakan beliau di mana orang lain tidak dapat merentas negeri walaupun menggunakan alasan yang kukuh.

Selepas perkongsian tersebut tular di beberapa media sosial, Datin bertindak untuk mengunci akaun Instagramnya bagi mengelakkan kecaman.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...