Sebelum ini, Awie mendedahkan mengenai barangan yang dipercayai digunakan untuk perbuatan khurafat yang dikatakan digunakan oleh Rozana. Menurut Awie, kesemua barangan itu ditemui setelah Rozana keluar dari rumah mereka.
Antara barang-barang yang ditemui ialah darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha. mStar Online telah menemubual Rozana yang menyifatkan perbuatan Awie sebagai perbuatan terdesak.
Kenapa hanya selepas saya keluar dari rumah kami baru dia nak kata terjumpa macam-macam? Kenapa selama ini dia tidak dedahkan perkara itu?
Bagi saya tindakan dia memburuk-burukkan saya dengan cara itu adalah tindakan terdesak.
Rozana juga dilaporkan berkata, dia tidak terkesan dengan tuduhan itu yang dianggapnya tidak berasas kerana akhirnya kebenaran akan menceritakan segala-galanya.
Malah kata Rozana, keputusan yang dibuat mahkamah terhadap kes berkenaan turut membuktikan alasan dikemukakan oleh Awie tidak munasabah.
Saya tidak hidup dipuji mahupun mati kerana dikeji jadi biarlah apa juga yang ingin dikatakannya tentang saya.
Sejak awal lagi dia memang berniat untuk mengaibkan saya, jadi biarkanlah.
Rozana turut memberitahu akan berusaha untuk bertemu anak-anaknya selepas ini dan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan lanjut berhubung isu status sijil perkahwinan dan anak-anaknya.
Sebelum ini saya tidak berjumpa anak-anak kerana lawatan perlu dilakukan di rumahnya selain talian telefon anak telah dimansuhkan.
Dengan keputusan ini saya harap tiada lagi alasan untuk saya bertemu mereka dengan cara yang saya tentukan.
Tidak tahu siapa yang betul atau salah, namun apabila perkara seperti ini berlaku yang tentu menjadi mangsa ialah anak-anak. Semoga Awie dan Rozana bertabah dalam menghadapi dugaan ini dan semoga keadilan akan dapat ditegakkan.