Tindak Balas Isu Senjata Kimia, Amerika Lancar Peluru Berpandu Ke Pangkalan Udara Syria

Trending

Tindak Balas Isu Senjata Kimia, Amerika Lancar Peluru Berpandu Ke Pangkalan Udara Syria

Presiden Amerika Syarikat, Presiden Trump telah mengarahkan satu serangan peluru berpandu tehadap Syria dengan menyerang sebuah pangkalan udara Syria sebagai tindak balas kepada kerajaan Presiden Bashar Assad selepas didakwa melakukan serangan senjata kimia.

Advertisement

Menurut pegawai-pegawai AS, mereka melepaskan sekurang-kurangnya 50 buah peluru berpandu Tomahawk dengan menyasarkan dua kapal perang di Laut Mediterranean dan pangkalan udara yang dikawal kerajaan di Syria yang didakwa merupakan markas utama dalam melancarkan serangan kimia sebelum ini.

Laporan USA Today pula melaporkan, ia serangan yang pertama dibawah pentadbiran Trump selepas beliau menyatakan akan mengambil tindakan jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal memainkan peranan selepas mendakwa Syria melancarkan serangan kimia mengorbankan kira-kira 80 orang orang awam dimana 27 daripadanya adalah kanak-kanak.

Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson berkata, Presiden Bashar Assad tidak lagi mempunyai hak untuk mentadbir Syria selepas serangan kimia minggu ini dan Amerika Syarikat sedang menilai tindak balas yang sesuai.

Pada Khamis yang lalu, Tillerson menegaskan tidak ragu lagi bahawa Assad merupakan dalang utama dalam serangan yang membunuh berpuluh-puluh orang yang tidak bersalah di dikuasai pemberontak utara Idlib dan dianggap salah satu serangan paling teruk dalam sejarah perang saudara Syria.

Tillerson turut mengeluarkan amaran kepada Rusia bahawa ia harus “berhati-hati” sokongannya terhadap kerajaan Assad.

Beliau berkata, imej wanita mati dan kanak-kanak sungguh tragis dan serangan seperti ini tidak boleh diterima.

Serangan senjata kimia sebelum ini ke wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak Khan Sheikhoun telah membunuh sekurang-kurangnya 80 orang, termasuk 27 kanak-kanak, menurut Balai Cerap Syria yang berpangkalan di UK untuk Hak Asasi Manusia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...