Tular beberapa hari yang lalu mengenai beberapa kereta mewah dipercayai sedang melakukan konvoi jalan raya di Lebuh Raya Senai – Desaru, Kota Tinggi Johor sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Setelah video aksi berbahaya itu menjadi viral, pihak polis dilaporkan telah menyita lima buah Lamborghini tersebut dan memulakan siasatan terhadap pemandu terlibat.
Polis juga mendapat kelima-lima pemandu itu negatif ujian dadah dan telah diambil keterangan.
Bukan sahaja ia mendapat reaksi daripada netizen, tetapi video tersebut turut meraih perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ni orang panggil empty barrel (tin kosong). Always make more noise. Dah macam jakun dapat basikal, turun bukit pun kayuh. Mungkin nak kena ajar macam mana nak hormat orang ramai.
Difahamkan, TMJ menulis komen tersebut di ruangan komen di sebuah platform media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.