Pengarah dan pelakon terkenal, Sheila Rusly baru-baru ini menguar-uarkan bahawa dia bakal menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah tidak lama lagi.
Perkara tersebut turut dikongsikan Sheila Rusly di laman Tik Tok di mana dia juga dilihat ada menyediakan nasi lemak untuk juadah hidangan buat tetamu yang hadir.
Berikutan itu, ruangan komen perkongsian ibu mentua kepada pelakon Elisya Sandha itu dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa agar dipermudahkan urusan ketika menunaikan umrah kelak.
Namun begitu, ada juga netizen tampil meninggalkan komen berbaur sindiran di mana mereka mengkritik cara penyediaan nasi lemak Sheila Rusly dalam video tersebut.
Telur kuning tu terlalu overcooked sebab rebus lama.
Timun potong tak sama size kenapa sis?
Terdahulu, Sheila Rusly dikritik hebat netizen apabila dia didakwa melebih-lebih ketika memberi komen dalam satu program masakan di mana pengarah itu dilihat mengherdik dan memaki hamun peserta dalam rancangan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.