Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah, Suami Akui Terkejut – “Bila Ada Orang Lain, Anak-Anak Pun Mengeluh..”

Hiburan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah, Suami Akui Terkejut – “Bila Ada Orang Lain, Anak-Anak Pun Mengeluh..”

Suami kepada pelakon dan model, Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse akui terkejut apabila mendapat tahu isterinya membawa seorang lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

Memetik laporan Mstar, Zackery berkata, insiden itu memberi kesan terhadap anak-anak yang mahu meraikan pagi raya bersama ibu mereka.

Advertisement

zackery ghouse suami zahnita

Kejadian tersebut agak terkejut buat saya sebab ia berlaku di pagi raya, hanya Tuhan saja tahu perasaan yang dirasai anak-anak ketika itu.

 

Saya suruh anak-anak pergi beraya dengan ibu mereka, tapi bila ada orang lain di sana anak-anak pun mengeluh.

Dia turut berkata dia mahu berhenti bergaduh dengannya seketika, namun perkara itu telah menjadi insiden yang tragik buat anak-anaknya.

Saya mahukan bendera putih pada hari raya tersebut dan berhenti bergaduh untuk seketika, tapi perkara itu jadi insiden tragik buat anak-anak.

zahnita dan suami

Sebelum ini, adik kepada Zackery iaitu Shreen mendakwa Zahnita ada membawa lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam kediamannya itu sewaktu hari raya pertama iaitu pada 31 Mac yang lalu.

Pada pagi Jumaat, tiga kes rumah tangga melibatkan Zahnita dan Zackery disambung ke tarikh baru.

Tiga kes tersebut adalah permohonan cerai, perintah injuksi terhadap gangguan dan tuntutan hadanah atau hak lawatan serta hak bermalam anak-anak.

7 days ago

"Jemput Semua Media Datang Mahkamah, Saya Akan Jawab Semua Soalan" - Zahnita Bersuara, Akui Kini Di Ambang 'Burnout'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...