Timbul Dakwaan Sudah Bertunang Dengan Amira Othman, Fattah Amin Tampil Beri Penjelasan – “Kami Berdua Sama-Sama Terkejut..”

Hiburan

Timbul Dakwaan Sudah Bertunang Dengan Amira Othman, Fattah Amin Tampil Beri Penjelasan – “Kami Berdua Sama-Sama Terkejut..”

Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan bahawa dia telah bertunang dengan penyanyi Amira Othman.

Mengakui terkejut dengan gosip yang tersebar, Fattah percaya bahawa khabar angin tersebut mungkin berpunca daripada komen-komen netizen yang mendoakan hubungan mereka.

Advertisement

amira othman dan fattah amin

Saya ada dengar tentang gosip itu dan waktu itu saya terkejut kenapa tiba-tiba timbul gosip sedemikian. Namun, ingin saya nafikan perkara itu adalah tidak benar.

 

Apabila saya baca, saya terkejut dan tergelak. Mungkin berita itu keluar berikutan komen-komen netizen yang mendoakan saya.

Menurut Astro Gempak, pelakon itu turut mendedahkan bahawa pihak pengurusannya telah menghubungi Amira bagi mendapatkan kepastian mengenai berita tersebut.

fattah amin & amira othman

Dia juga menegaskan bahawa hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan dan rakan sekerja. Selain itu, dia menekankan bahawa jika benar ada majlis pertunangan, dia tidak akan merahsiakannya.

Pihak pengurusan saya ada hubungi pengurusan Amira untuk tanya tentang gosip tu. Sudah tentu kami berdua sama-sama terkejut.

 

Kalau gosip tu betul, dah tentu kisah pertunangan itu tak boleh disorokkan. Macam saya cakap sebelum ni, kami berdua hanya kawan. Hubungan itu sekadar urusan kerja sahaja.

 

Saya dan Amira masih banyak kerjasama seperti Jakel, jadi kami sering berjumpa atas urusan kerja. Selain daripada itu, tidak lebih dari kawan.

Fattah tidak pasti sama ada terdapat pihak yang sengaja menimbulkan gosip tersebut dengan niat jahat, namun dia tetap berdoa agar Allah sentiasa melindunginya.

fattah amin

Sebelum ini, tular dakwaan bahawa Fattah telah bertunang dengan Amira, hanya empat bulan selepas perpisahannya dengan bekas isteri, Nur Fazura.

Lebih mengejutkan, pasangan itu dikatakan telah melangsungkan pertunangan pada Jumaat lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Syawal nanti.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

komen fattah amin di ig amira othman raih perhatian
6 days ago

Komen Fattah Amin Di ‘Posting’ IG Amira Othman Undang Komen Nakal Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...