“Timbalan Menteri Cuma Buat 3 Kerja, Guru Pula Lakukan 8 Kerja Tapi Cuma Satu Gaji”- Tuan Ibrahim

Trending

“Timbalan Menteri Cuma Buat 3 Kerja, Guru Pula Lakukan 8 Kerja Tapi Cuma Satu Gaji”- Tuan Ibrahim

cikgu

PETALING JAYA: Jika dibandingkan kerja yang dilakukan oleh seorang guru berbanding Datuk Ahmad Maslan yang melakukan tiga kerja, guru sebenarnya melakukan 8 kerja tetapi mereka hanya dibayar gaji untuk satu kerja sahaja.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selain mengajar guru perlu bekerja menyemak, menyediakan kertas soalan peperiksaan, bermesyuarat, menjadi guru kaunseling, menjadi penasihat kelab dan persatuan, menjadi guru disiplin dan memasukkan data ke sistem PBS.

Advertisement

“Guru di negara ini sudah lama mengeluh mengenai kerja yang banyak dan dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi, namun ada pula Timbalan Menteri yang menyarankan supaya melakukan #2kerja untuk menambah pendapatan.”

“Bezanya #8kerja mereka hanya dibayar satu gaji. Mereka tidak senasib baik Pak Timbalan Menteri yang mungkin dapat #3gaji untuk #3kerja – Ahli Parliamen, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO- pada waktu kerja yang sama. Nasib hidup di bawah UMNO, gitulah gayanya,” sindirnya dipetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan yang dibuat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial ketika ini.

Bagaimanapun dalam penjelasan Ahmad Maslan, beliau memberitahu bahawa saranannya itu lebih kepada kerja sambilan atas talian yang boleh dilakukan pada waktu malam atau hujung minggu di mana ia lebih sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri kerana pekerja tetap perlu mematuhi peraturan syarikat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...