Tilam, Basikal & Telefon, Ini Antara Puluhan Barangan Yang Ditemui Ketika Membersihkan Pembentungan

Trending

Tilam, Basikal & Telefon, Ini Antara Puluhan Barangan Yang Ditemui Ketika Membersihkan Pembentungan

Setiap hari, rakyat Malaysia secara puratanya menggunakan 65 juta liter air. Air-air yang telah digunakan di dalam bilir air, tandas dan dapur dipanggil air sisa dan akan mengalir ke dalam paip pembetungan. Air sisa ini adalah kotor dan memudaratkan dan harus dirawat sebelum ia memasuki semula sistem perairan untuk digunakan semula.

Advertisement

Siapakah yang bertanggungjawab merawat dan ‘membersihkan’ air sisa ini? Jawapannya ialah Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK). Merekalah yang memikul tanggungjawab besar untuk merawat air sisa di kebanyakan negeri di Malaysia dan memastikan air itu bersih semula dan bebas daripada organisma-organisma dan bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Segelintir masyarakat mungkin mencemuh kerja-kerja IWK yang dianggap kotor dan menjijikkan, namun hakikatnya perkhidmatan mereka inilah yang melindungi sumber air dan kesihatan awam serta memelihara kelestarian alam sekitar.

Untuk makluman, banyak juga benda-benda “pelik” yang ditemui oleh para pekerja IWK sepanjang mereka menyelenggara dan menjaga sistem pembetungan di negara ini. Antaranya seperti basikal, tilam dan juga telefon. Telefon pulak bukan sebarang telefon. Semua yang canggih-canggih. Ada juga yang terjumpa benda-benda mengerikan seperti bangkai haiwan, mayat janin dan cebisan daging yang tak dapat dikenal pasti.

Namun itu adalah asam garam pekerjaan mereka. Semua ini ditempuhi dengan tabah untuk memastikan air sisa kumbahan yang dihasilkan setiap hari diurus dan dirawat dengan efisien. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku dalam proses rawatan air sisa ini kan? Meh penulis kongsikan.

Proses rawatan air sisa ini bermula dengan mengalirnya air sisa dari premis anda melalui sistem perpaipan pembetungan ke loji rawatan kumbahan yang dikendalikan oleh IWK.

Apabila tiba di loji, air sisa akan melalui proses penapisan di mana segala sampah sarap seperti kaca, kain buruk, bekas tin minuman atau cebisan kayu diasingkan. Sampah sarap pepejal berkenaan perlu ditapis kerana jika ia masuk ke dalam loji, ia boleh merosakkan peralatan dan mesin lantas menimbulkan masalah kepada operasi loji.

Seterusnya, pasir dan kersik diasingkan dan mendap ke dasar alur air. Manakala pepejal halus seterusnya mengalir ke tangki-tangki ‘penjernih’ (clarifiers). Di sini, partikel-partikel kecil akan mendap ke dasar tangki menjadi ‘enapcemar’ (sludge). Enapcemar ini akan ditapis di kolam yang mengandungi batu-batu sedalam dua meter. Bakteria, alga dan cacing-cacing yang hidup di dalam turas akan menggunakan udara di celah-celah batu untuk memecahkan kumbahan.

Selepas menjalani beberapa proses untuk mengaktifkan enapcemar seperti proses penjernihan, pengudara resap dan pengudara terapung, akhirnya baki pepejal yang tertinggal dibiarkan mendap ke bawah tangki. Manakala air terawat atau bioefluen mengalir keluar ke perairan.

Bioefluen yang terhasil herus menepati standard yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar barulah ianya selamat untuk disalurkan ke dalam sungai atau laut.

Mendapan enapcemar yang tinggal perlu dikeringkan menggunakan kaedah penjemuran, pembakar atau ditekan. Untuk pengetahuan anda, enapcemar (bio-pepejal) ini adalah perapi tanah atau baja yang amat baik untuk tanaman hiasan.

Dengar macam complicated kan? Memang complicated sebenarnya. Tetapi kita tak perlu susah-susahkan diri untuk belajar proses rawatan air sisa ini. Semua ini diuruskan oleh IWK – walaupun kita jarang nampak mereka, kerja-kerja yang dijalankan oleh mereka lah yang memastikan keselesaan kita menggunakan air dalam kehidupan seharian.

Tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah membayar bil IWK sebanyak RM8 sebulan (bergantung kepada jenis kediaman anda). Sekali lagi diulangi – RM8 sahaja. Bayar bil telefon bimbit pun berpuluh ringgit sebulan kan? Belum lagi dikira harga rokok atau vape yang anda gemari tu, betul tak?

Dengan jumlah sekecil RM8 sebulan itu, kita seisi keluarga dapat menggunakan air yang bersih untuk mandi, basuh baju, basuh kereta, basuh pinggan dan macam-macam lagi. Memang berbaloi-baloi kan?

Namun berdasarkan apa yang diberitahu kepada penulis, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka dan memandang enteng pembayaran bil IWK ini.

Ish, ish, ish! Korang ni… Janganlah macam tu!. Para pekerja IWK semua dah bertungkus-lumus, berpenat lelah dan keluar peluh jantan demi kemudahan dan keselesaan kita. Hari-hari kita ‘mengotorkan’ air dan hari-hari jugalah IWK merawat semula air sisa kita tu. Apa kata kita pun jadilah manusia yang bertimbangrasa dan pandai menghargai jasa orang lain? RM8 je pun. Takkan tu pun tak boleh?

Apa-apa pun di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada IWK atas segala usaha mereka sepanjang 23 tahun menguruskan sistem pembetungan di Malaysia. Semoga terus mengekalkan prestasi mantap ini di masa-masa hadapan. Semoga rakyat Malaysia akan terus mendapat bekalan air bersih dengan bantuan dari anda.

Maklumat lanjut tentang IWK sila layari Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...