Tikus Gergasi Dibiak Di China Sebagai Hidangan Daging Berkhasiat Sebelum Pandemik COVID-19 Bermula

COVID-19

Tikus Gergasi Dibiak Di China Sebagai Hidangan Daging Berkhasiat Sebelum Pandemik COVID-19 Bermula

Sebelum pandemik COVID-19 berlaku, puluhan ribu tikus gergasi dibiak oleh chef dan penternak di China. Tikus buluh China atau Chinese Bamboo Rats dianggap sebagai salah satu hidangan berkhasiat sehinggakan para chef mempunyai lebih 100 sebab untuk memakan daging itu dari sudut kesihatan.

Namun, penjualan tikus itu kemudian dilarang selepas krisis COVID-19 bermula walaupun hidangan ini sudah pun berada di China lebih 1,000 tahun lalu. Menurut Dr Zhong Nanshan yang merupakan ahli epidemiologi memberitahu wabak coronavirus boleh dikaitkan dengan aktiviti memakan tikus itu.

Advertisement

China membuat keputusan untuk melarang sebarang penjualan apabila dianggarkan 25 juta tikus buluh itu dijual di seluruh negara.

tikus gergasi

Walaupun penyebaran coronavirus dikaitkan dengan sebuah pasar basah di Wuhan, hanya segelintir kecil tikus buluh yang dijual di pasar tersebut menurut Dr Li iaitu Pakar Dasar China dari badan kebajikan haiwan Humane Society International. Menurutnya lagi, tikus ini kebiasaannya akan dihantar terus ke restoran dan kedai makanan yang menjual makanan eksotik.

Hanya peratusan kecil kira-kira tidak lebih 10% daripada tikus ini dipamerkan dan disembelih di pasar basah di Guangdong dan Guangxi.

tikus gergasi

Pakar itu kemudian membantah dakwaan manfaat kesihatan tikus itu dengan mengatakan “para peniaga hanya menyampaikan khabar angin yang tidak saintifik dan tidak disokong”. Tetapi dengan larangan penjualan haiwan liar secara tiba-tiba, penternak di daerah Dongguan, Guangdong, telah membunuh lebih dari 3,000 tikus buluh dalam usaha untuk mengatasi kerugian kewangan mereka.

Seorang YouTuber dan chef, Wang Gang yang mempunyai 1.3 juta pengikut di akaunnya menunjukkan cara-cara memasak hidangan tikus buluh dan menerima lebih 6 juta tontonan. Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada larangan penjualan ini akan kekal atau tidak selepas krisis coronavirus ini tamat. Sebelum ini larangan yang sama dihapuskan pada tahun 2000 selepas epidemik SARS berakhir.

Artikel berkaitan: Pemerintah China Di Kota Shenzhen Larang Penduduknya Makan Daging Anjing Dan Kucing Bermula Mei Ini

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...