‘TikToker’ Selalu Buat Parodi & Video Kelakar Dedah Sebenarnya Hidap Depresi – “Mesti Korang Tak Percaya Kan, Tapi Itu Hakikatnya”

Trending

‘TikToker’ Selalu Buat Parodi & Video Kelakar Dedah Sebenarnya Hidap Depresi – “Mesti Korang Tak Percaya Kan, Tapi Itu Hakikatnya”

Bagi yang aktif di laman sosial TikTok pasti kenal dengan sosok ini yang gemar membuat video parodi kelakar dan sering menghiburkan netizen.

Namun sebenarnya di sebalik karakter ceria dan gembira Hadrey Ali ini sebenarnya menyimpan cerita duka dan menderita dengan masalah kesihatan.

Advertisement

TikToker Hadrey Ali

Menerusi Facebook, Hadrey berkongsi cerita duk yang disimpan selama ini di mana dia disahkan menghidap Major Depressive Disorder (MDD), anxiety dan Persistent Depressive Disorder (PDD) yang juga dikenali sebagai Dysthymia.

Kata Hadrey, dia mengambil keputusan untuk ‘serah diri’ dan mendapatkan rawatan sewajarnya dengan pakar psikiatri.

Mesti korang tak percaya kan? Tapi itu lah hakikatnya.. Hadrey yang selalu buat korang gelak, pemalu, sebenarnya “pesakit mental” yang disahkan. Betul orang cakap. Yang selalu gelak, yang selalu buat kelakar, dia la paling banyak simpan masalah.

Tambah Hadrey, dia telah menjalani beberapa sesi kaunseling dan proses pemulihan masih berjalan serta mungkin mengambil masa yang lama untuk stabil.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Hadrey selain turut mendoakan agar semuanya dipermudah.

komen di Facebook komen di Facebook

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 weeks ago

Macam Nak Lingkupkan Bisnes, Netizen Menyirap Tengok 'TikToker' Biadap Dengan Peniaga Teh Masala Tepi Jalan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...