Berkali-kali menolak hasrat ingin berkawan menjadi punca seorang pempengaruh media sosial dari Pakistan di tembak mati di rumahnya, 2 Jun lalu.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan kematian Sana Yousaf berusia 17 tahun selepas ditembak di hadapan mata ibu dan ibu saudaranya.
Ketua Polis Islamabad, Syed Ali Nasir Rizvi, pihaknya telah menahan suspek utama iaitu Umar Hayat, 22, yang merupakan seorang penduduk Faisalabad.
Soal siasat mendapati bahawa Hayat berhasrat ingin menjadi kawan kepada Sana dan telah cuba berhubung berulang kali namun mangsa menolak.
Pada hari kejadian malang itu, Hayat berkata dia cuba untuk berjumpa dengan Sana selama beberapa jam namun gagal dan tidak mendapat sebarang respon.
Kerana ditolak berkali-kali, Hayat memecah masuk ke rumah keluarga mangsa dan menembaknya pada jarak dekat dengan sepucuk pistol sekitar jam 5 petang (waktu tempatan).
Sana dikejarkan ke hospital selepas terkena dua peluru mengenai bahagian dadanya namun malangnya remaja terbabit tidak dapat diselamatkan.
Pertama, ia adalah penolakan melalui telefon. Kini, ia menjadi penolakan secara fizikal.
Menurut pihak penyiasat, Hayat mengambil telefon bimbit mangsa selepas insiden itu berkemungkinan untuk menghapuskan bukti.
Terdapat usaha untuk mengubah arah siasatan dan tujuan mengambil telefon itu adalah untuk menghapuskan petunjuk.
Pihak polis juga memaklumkan kedua-dua telefon bimbit dan senjata pembunuhan berjaya ditemui semula.
Sana merupakan seorang pempengaruh terkenal di TikTok berasal dari Chitral dan mempunyai 1.1 juta pengikut di platform media sosial tersebut. Hantaran terakhir Sana di akaunnya adalah video yang memaparkan remaja itu meraikan ulang tahun kelahirannya bersama rakan-rakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.