TikToker Malaysia Kongsi Tips Mudah Untuk Bersihkan Bekas Plastik Berminyak

Trending

TikToker Malaysia Kongsi Tips Mudah Untuk Bersihkan Bekas Plastik Berminyak

Sekiranya anda pernah mencuci pinggan mangkuk, maka anda pasti pernah merasa kepayahan membersihkan kotoran seperti ini.

Sama ada anda menggosoknya tanpa henti, menuangkan air panas dan membiarkannya direndam semalaman, atau akhirnya membuat keputusan untuk membuangnya, kita semua pasti bersetuju bahawa mencuci bekas bekas plastik yang berminyak seperti ini adalah satu ‘mimpi ngeri’.

Advertisement

Nampaknya ‘tangisan dan rintihan, anda telah mendapat jalan penyelesaian.

Seorang pengguna TikTok Malaysia @ajezzzzzzz baru-baru ini telah berkongsi teknik dan tips mengenai cara menghapuskan kesan minyak dari bekas seperti ini.

Perkongsian video ditweetnya itu  telah di-retweet lebih dari 17,300 kali.

Cara-cara untuk membersihkannya:

  1. Isi bekas berminyak dengan sedikit cecair pencuci pinggan.
  2. Isi bekas tersebut dengan sedikit air.
  3. Ambil sehelai tuala kertas, ronyokkannya dan masukkan ke dalam bekas.
  4. Tutup penutup dan goncangkan selama beberapa saat, kemudian buangkan air goncangan bersama dengan tuala kertas yang telah terlarut.
  5. Bilas bekas tersebut dengan air dan anda akan melihat bahawa ia bersih serta bebas daripada kesan minyak secara keseluruhannya.

Anda boleh melihat langkah-langkah tersebut di dalam video ini.

Selamat mencuba dan lihatlah keajaibannya.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...