Dalam kejadian malang di Broughton, Flintshire, England baru-baru ini, seorang content creator wanita disahkan meninggal dunia secara tragis akibat penyakit anoreksia dihidapinya sekian lama.
Kematiannya menjadi bualan hangat apabila wanita bernama Amy Ellis itu tidak mendapat bantuan pakar dan penyakitnya sering disalah erti oleh doktor.
Sebelum ini, Amy aktif di TikTok berkongsikan tentang perjalanannya melawan penyakit itu dan turut berjaya mengumpul 200,000 Euro (kira-kira RM1 juta) untuk menampung kos perubatan.
Difahamkan, Amy mengalami gangguan makan sejak dari kecil namun doktor sering salah faham dan mengatakan apa yang dialaminya itu merupakan simptom kemurungan.
Amy ditawarkan rawatan kesihatan mental namun dia menolak kerana menurutnya ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah gangguan pemakanannya itu.
Malah, berat badan Amy turun mendadak sehinggakan pada satu tahap dia perlu menggunakan kerusi roda atau tongkat untuk membantunya berjalan.
Meskipun sudah mengikuti diet yang disarankan oleh doktor, keadaan Amy bertambah teruk dan semakin kronik di mana dia mula berasa sakit untuk makan.
Wanita itu juga pernah meluahkan kebimbangan tentang penyakit anoreksia itu boleh membunuhnya sekiranya dia tidak mendapat rawatan pakar dengan segera.
Malangnya, wanita berusia 43 tahun itu meninggal dunia pada 22 Mei yang lalu dan berita pemergiannya dikongsikan sehari selepas dia memuat naik video di akaun TikTok mengatakan dia tidak sihat dan berasa takut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.