TikTok merupakan aplikasi video pendek yang semakin popular dan digilai oleh remaja sehingga golongan dewasa zaman sekarang. Lihat sahaja di semua media sosial anda, pasti ada sahaja video-video TikTok yang ‘terselit’ di timeline.
Apa itu TikTok?
Tik Tok adalah aplikasi yang memberikan special effects yang unik dan menarik dan dapat digunakan oleh penggunanya dengan mudah sehingga video pendek yang terhasil kelihatan lebih baik daripada video yang dirakam menggunakan kamera biasa.
Bukan itu sahaja, para pengguna juga boleh menambahkan background music kepada setiap video mereka dan yang terbaru, pengguna boleh bermain permainan video sambil merekod apa yang sedang dimainkan beserta skor yang bakal anda dapat.
Aplikasi ini mempunyai banyak sokongan muzik dan penggunanya dapat melakukan persembahan seperti tarian, gaya bebas, dan sebab itulah pelbagai challenge diwujudkan untuk direkod menggunakan applikasi ini.
Baru-baru ini, satu data telah direkod menunjukkan TikTok merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun bulan lalu mendahului Facebook, YouTube, Instagram, dan Snapchat di Amerika Syarikat. Muat turun ini termasuk dari Google Play dan Apple App Store, meletakkannya sebagai tempat teratas dalam kategori aplikasi sosial Data ini menurut Apptopia, sebuah syarikat penyelidikan aplikasi.
Pengguna TikTok telah meningkat dari 100 juta kepada 130 juta selepas penggabungan dengan aplikasi lip-synching Musical.ly pada bulan Ogos lalu. Manakala, Bytedance berkata TikTok dan versi China Douyinnya mengumpulkan 500 juta pengguna aktif bulanan global pada bulan Jun.
Selain faktor penggabungan ini, antara sebab yang membuatkan TikTok menjadi popular dan penggunanya semakin meningkat ialah kerana syarikat pembangun dan pengeluar aplikasi ini, Bytedance daripada Beijing, telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untk mengiklankan aplikasi mereka di Facebook dan Google.
Kejayaan TikTok di Amerika Syarikat telah mendapat perhatian Facebook dan mereka telah mula membangun aplikasi lip-synching yang berdiri sendiri yang dipanggil Lasso dan mensasarkan pengguna remaja yang menggunakan aplikasi Musical.ly dan TikTok.
Wow TikTok dah diiktiraf oleh orang ramai seluruh dunia lah. Sebenarnya bukan sahaja remaja yang menggunakan TikTok ni, orang dewasa pun semakin hari semakin ramai yang aktif menggunakan aplikasi ni. Jadi, adakah anda salah seorang pengguna TikTok?
Sumber: South China Morning Post