TikTok Beri Jaminan Tangani Ancaman Buli, Scam Dan Budaya Fitnah Di Media Sosial

Teknologi

TikTok Beri Jaminan Tangani Ancaman Buli, Scam Dan Budaya Fitnah Di Media Sosial

Jenayah buli siber, budaya fitnah dan scam merupakan ancaman dunia maya yang semakin berleluasa termasuklah di Malaysia.

Oleh itu, pengendali platform media sosial TikTok telah memberikan jaminan untuk meneliti beberapa isu yang wujud di platform berkenaan seperti buli siber, ancaman scam dan fitnah.

Advertisement

TikTok

Memetik dari Berita Harian, hal ini telah dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di luar persidangan Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).

Anwar Ibrahim turut berkata, TikTok menyatakan kesediaan untuk menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM).

Anwar Ibrahim

TikTok memberi jaminan untuk melihat permasalahan ini dan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, MCMC serta BNM.

Kerjasama itu merupakan langkah positif yang menunjukkan kesediaan TikTok dalam mengawal penyalahgunaan platformnya yang boleh menggugat keharmonian sosial dan keselamatan rakyat.

Langkah itu diharapkan dapat menyumbang kepada kestabilan sosial dan pertumbuhan ekonomi Malaysia, sekali gus menonjolkan peranan negara sebagai pemimpin digital serantau.

chatgpt bantu cari kerja dengan lebih cekap
1 week ago

"Dah Boleh Lupakan LinkedIn & Indeed.."- Lebih Membantu, Individu Kongsi Cara Cari Kerja Guna ChatGPT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...