Masih menyengat! Kehebatan dan pengaruh kumpulan nasyid terkenal, Inteam, terus terbukti apabila tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun habis terjual dalam tempoh hanya dua jam, semalam.
Perkara tersebut turut dimaklumkan kumpulan nasyid itu menerusi satu hantaran di akaun TikTok rasmi Inteam, diiringi dengan ucapan penghargaan atas sokongan luar biasa yang diterima.
Diumumkan Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun sold out dalam masa 2 jam. Terima kasih atas sokongan padu semua. Mohon maaf kepada yang tidak berjaya.
Tiket mula dijual pada hari Khamis jam 3 petang, dan sambutan luar biasa itu menyaksikan ramai peminat yang kecewa kerana tidak sempat membuat pembelian, sehingga mencadangkan agar pihak penganjur mempertimbangkan untuk mengadakan hari kedua konsert.
Apa yang lebih menarik perhatian, terdapat juga peminat bukan beragama Islam yang berjaya mendapatkan tiket dan menyatakan keterujaan mereka untuk hadir ke konsert tersebut.
Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun dijadualkan berlangsung pada 27 September ini, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.