Sambutan terhadap Konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia yang akan berlangsung selama dua hari berturut-turut pada 8 dan 9 Ogos 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada jam 8.30 malam mendapat sambutan yang luar biasa.Kesemua tiket habis dijual hanya dalam tempoh masa 24 jam sahaja! Siapa sangka, penangan Westlife masih lagi hangat.
Bukan mudah untuk menyaksikan artis antarabangsa beraksi di pentas Malaysia apatah lagi kumpulan Westlife mengimbau kembali kenangan ketika zaman remaja kita.
Ramai yang kecewa dan hampa kerana tiket tersebut habis dijual dalam masa yang singkat. Terlepas peluang untuk berhibur bersama kumpulan itu yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily.
Anda pula bagaimana? Sudah mendapatkan tiket Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 Live In Malaysia?