January 12th, 2011

konsert maher zain di malaysia

Kepada peminat-peminat Maher Zain, tak kisahlah sama ada anda minat dia sebab dia handsome (Abang Nara pun akui kehenseman dia) atau teruja dengan kesedapan lagu Maher Zain, berita baik untuk anda kerana Maher Zain akan kembali membuat konsert di Stadium Malawati Shah Alam, 25 dan 26 Februari ini. Nie harga tiket-tiket konsert Maher Zain kali ini:-

1. RM 297.00
2. RM 253.00
3. RM 203.00
4. RM 103.00
5. RM 53.00

Kami nasihatkan anda segera ke website Ticket Hotline untuk menempah tiket anda sekarang. Kang habis jangan menangis tak berair mata. Menyesal tak sudah kang. Untuk info lanjut pasal konsert Maher Zain kali ini, anda boleh layari Facebook Maher Zain Live in Concert.

Dan berita baik untuk anda semua, kemungkinan besar Maher Zain akan menyanyikan lagu Insya-Allah versi Bahasa Melayu di konsertnya kelak. Lagu tersebut sudah pun siap dirakam.

konsert maher zain di malaysia

Tunggu apa lagi. Takkan teruja kot nak dengar Maher Zain cakap Bahasa Melayu? Tempah tiket sekarang jugak ~~~


Comments are closed.

Loading...